TEXTAREA_ID

Wednesday, June 2, 2010

Gaza: Kenyataan rasmi MB Kelantan

Nik Abdul Aziz Nik Mat   

Bismillahir Rahmanir Rahim

Saya mewakili Kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan  dua puluh (20) nyawa.

Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu (10,000) tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO petugas media, ulama’, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun.   Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas (12) orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel.

Sesungguhnya konvoi itu adalah bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan, ia adalah misi kemanusiaan.

Paling penting ialah saya menyeru para ulama’ seluruh dunia dapat bangkit, tunaikan Solat Hajat dan mohon pertolongan Allah S.W.T. demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza.

Saya juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu.  Saya juga menyeru agar Pertubuhan OIC dan negara-negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin.

Hakikatnya tingkah laku biadab Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakan bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain.  Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka.  Ekoran kefahaman sesat seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin.  Inilah bahayanya fahaman ‘asobiyyah melampau yang dianuti oleh Yahudi.  Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini.

Oleh kerana itu, saya selaku Menteri Besar Kelantan akan menganjurkan satu Kuliah Pagi Jumaat, pada 21 Jamadil Akhir 1431 (lusa) khusus berhubung dengan isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu.   Disebabkan Kuliah Jumaat ini penting, maka kita akan adakan di pekarangan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu.

Pihak Kerajaan Negeri juga akan mengadakan Solat Hajat berserta  bacaan  Qunut  Nazilah  ditempat  yang sama.  Maka saya harapkan kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk perbuatan zalim Yahudi Israel itu dan dapat sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi – Israel.

Saya juga akan mohon kerjasama pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di Kelantan menunaikan Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta dapat menyediakan satu Khutbah Khusus mengutuk Israel/Yahudi untuk para khatib persembahkan kepada semua ahli jemaah Sembahyang Jumaat yang terdekat ini (lusa).


Terima kasih.

YAB TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar,
Kota Darulnaim.
19 Jamadilakhir 1431
2 Jun 2010.

Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif  B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.

Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.

WARKAH BUAT DIRI & SAUDARAKU BUAT PENGUBAT HATI YANG BERKARAT...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Wahai diri & saudaraku,

http://www.lifeline4gaza.org/2010/06/02/terkini-12-rakyat-malaysia-bebas/

dikemaskini 5:06pm 2 Jun – Kesemua ahli team LL4G Malaysia seramai 12 orang TELAH DIBEBASKAN termasuk Sdr Mustafa Mansur. Mereka kini berada di Kedutaan Malaysia di Jordan  Mereka semua berada di dalam keadaan sihat.
Mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan.  Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, handphone, dan sebarang alat komunikasi yang dirampas.  Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini.
Berita gembira tersebut diterima terus daripada Noorazman yang menghubungi isteri beliau, Pn Mazlinah Ghazali, pada jam 12:12 tengahari tadi waktu tempatan.
“Mereka berada di Jordan [dan] akan pulang dalam masa terdekat,” antara mesej yang dihantar oleh beliau.
Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang.
CMT-LL4G telah berjaya menghubungi Noorazman sekitar jam 5 petang tadi. Semua relawan berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sedang berehat.  Namun mereka yang ditempatkan di sebuah hotel di Amman itu tinggal sehelai sepinggang dan tanpa paspot.
Mereka akan ke udara secara langsung di TV1 malam nanti.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan kepulangan mereka.
CMT-LL4G sedang membuat persediaan untuk majlis sambutan secara besar-besaran meraikan kepulangan wira-wira negara di lapangan terbang apabila mereka pulang kelak.  Majlis ini akan menggantikan majlis meraikan isteri dan keluarga anggota konvoi yang dirancang oleh CMT-LL4G sebelum konvoi LL4G dibebaskan.
Astro AWANI (Saluran 501 Astro) akan mengadakan siaran lintas langsung pada jam jam 8:15  malam ini bersama Noorazman dan Ashwat dari Jordan dan setiausaha CMT-LL4G Solehuddin Shuib di studio.
Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman web www.lifeline4gaza.org. [i3h/cmt-ll4g]
No related posts.
468 ad

Tuesday, June 1, 2010

unut nazilah dalam solat lima waktu

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta eminta mumat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap sembahyang lima waktu bermula hari ini.
Demikian dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, sebentar tadi.
Ini, katanya bagi memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.

PAS serah memo ke Kedutaan Amerika, bantah Israel

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.

Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.
Pemuda PAS pula disertai Timbalan Ketua, Azman Shapawi, Setiausaha Kamaruzaman Mohamad, Exco Riduan Mohamad Nor serta pemuda PAS sekitar Lembah Kelang.

PAS sambut seruan Hamas bangkit bantah Yahudi


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS menyambut seruan Hamas supaya dunia Islam bangkit bagi menyatakan bantahan terhadap serangan ganas tentera rejim zionis Yahudi terhadap Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan sentiasa bersama dengan masyarakat antarabangsa yang inginkan keamanan supaya mengadakan tindakan susulan yang sesuai terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim tersebut.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 aktivis dan mencederakan lebih 30 yang lain.
Sementara itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu kenyatan di Gaza mengecam seranga tersebut dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melindungi aktivis kemanusiaan mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan itu.
“Kami menghubungi rakan-rakan di Timur Tengah untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung serangan ganas itu,” ujar Nasharudin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menggesa PAS kawasan dan cawangan seluruh negara mengadakan solat hajat dan membaca qunut nazilah memohon kepada Allah agar situasi yang berlaku itu selesai secara aman dan melindungi anggota rombongan kemanusiaan ke Gaza itu.
Menurutnya, apa yang berlaku itu membuktikan bahawa keganasan zionis Yahudi tidak pernah padam terhadap umat Islam.

Dunia jadi saksi kekejaman zionis Yahudi di perairan antarabangsa



Haluan Malaysia   
PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel  atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.
“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.