TEXTAREA_ID

Saturday, September 4, 2010

USUL DUA PULUH 20 oleh Imam Hassan Al-Banna

MUQADDIMAH.
Usul Isyrin yang ditulis oleh Ustaz Hasan Al-Bana ini adalah dianggap di
antara tulisannya yang penting, kerana Usul Isyrin ini mengandungi beberapa
perkara yang wajib dipercayai dan diketahui oleh tiap-tiap orang Muslim dan
wajib diikuti dalam tindak-tanduknya; hubungannya dengan khaliqnya dan
hubungannya sesama manusia. Jadi kita kumpulkan beberapa huraian ringkas
oleh As-Syahid Hasan Al-Banna yang dapat difahami seperti mana yang
diterangkan oleh Al-Mursyid itu sendiri.
Dalam Usul Isyrin ini, ia menerangkan perkara-perkara yang tidak
sepatutnya berlaku perselisihan pendapat (pertikaian), terutama dalam hal-hal
yang berkenaan aqidah. Ia mesti difahami sebagaimana yang terdapat di dalam
Al-Quran dan Sunnah An-Nabawiyah. Semoga dengan penerangan ini setiap
orang Muslim yang mengikuti syarahan ini akan memahami Islam sebagaimana
ianya patut difahami tanpa menokok tambah ataupun mengurangkan sedikit
pun dari apa yang telah diturunkan oleh Allah dan disampaikan oleh RasulNya
s.a.w.