TEXTAREA_ID

Tuesday, October 11, 2011

Nilai lah sendiri!!

Kenyataan Media KP DMPP Berhubung Artikel Mashitah

Ditulis oleh AIMAN ATHIRAH AL JUNDI

WEDNESDAY, 14 SEPTEMBER 2011 17:00

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN

DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT



BERHUBUNG ARTIKEL BERTAJUK EPISOD-EPISOD PEMBOHONGAN PAS

TULISAN YB DATO’ DR MASHITAH IBRAHIM







Dewan Muslimat PAS Pusat (Dewan Muslimat) menyifatkan tulisan tersebut sebagai satu yang sangat dangkal, tidak bertitik tolak daripada kebenaran, keadilan bahkan bercirikan suatu dakyah, pemikiran sempit, penipuan, pembohongan, amalan budaya prejudis terhadap Islam, tidak bertanggungawab dan bertujuan untuk memesongkan pemikiran rakyat dan secara jelas suatu usaha tidak bertanggungjawab oleh seorang Sarjana Wanita Islam dalam menimbulkan kebencian kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang secara jelas menjadikan Islam sebagai Dasar perjuangan PAS seperti yang terkandung dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS (Pindaan 2011). Dasar ini tidak pernah berubah sejak parti ini ditubuhkan pada tahun 1951.







Dewan Muslimat memandang serius akan Tuduhan Mashitah yang berbunyi..”Kerana ingin mengecapi sedikit kuasa, PAS tidak lagi memepertahankan Konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai Hukum Hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak dan rumah urut di Selangor...”.

Monday, October 10, 2011

DEMI RAKYAT!!



Nasihat Emak VS Nasihat Boyfriend

.Isn, 10 Okt 2011 09:00 | Dalila Hanim | Editor: Srinkandi Malam . .
Senario hari ini, ramai perempuan yang ada kekasih hati ataupun yang ada jejaka idaman lebih suka dengar nasihat kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat ibu sendiri.

Sedar tidak sedar umur sudah meningkat. Kehidupan yang selama ini ditanggung oleh ibu bapa makin dilupai.

Hadir pula insan baru dalam hidup. Kekasih yang disayangi dan dicintai sepenuh hati.

Ketika itu mulalah lupa diri. Ibu bapa entah ke mana.

Sedangkan semasa kecil dahulu bagai menatang minyak yang penuh ibu bapa menjaga dan memelihara sehingga kita menginjak dewasa.

Oleh itu, mana yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul?

Bajet 2012 terus pinggir SAR

Bajet 2012 terus pinggir SAR
Khairil Abdul Rahim
KUANTAN, 10 Okt: PAS Pahang kesal Sekolah Agama Rakyat (SAR) dipinggirkan dalam pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu.

Ketua Penerangannya, Suhaimi Saad berkata, sedangkan entiti tersebut perlukan peruntukan demi kesinambungan pendidikan yang ternyata selama ini memberi sumbangan kepada masyarakat khususnya dalam ehwal Islam.

“Najib mengumumkan peruntukan besar sektor pendidikan iaitu sebanyak RM50.2 bilion tetapi satu sen pun tidak diagihkan kepada SAR, sedangkan institusi tersebut amat memerlukannya dan semua pelajarnya anak-anak orang Melayu yang beragama Islam.

“Walhal peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Kita tak tahu sama ada najib terlepas pandang tentang perkara ini atau secara tak sengaja untuk mendera mereka,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Suhaimi, berdasarkan sejarah, SAR sejak zaman penjajahan telah berperanan mempertahankan akidah umat Islam selain menyebarkan pengajaran Islam untuk orang Melayu di negara ini.

Bahkan, guru-guru SAR antara yang bertungkus-lumus mengajar semula anak-anak orang Melayu yang telah buta bacaan jawi.

Beliau tidak menafikan SAR pernah mendapat bantuan daripada pihak kerajaan pada masa-masa lampau.

“Malangnya SAR telah menerima cabaran besar apabila dihentikan bantuan per kapita oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 2001 dan difitnah sebagai tapak sarang pengganas pada 2003.

“Daripada kedua peristiwa itulah yang menyebabkan SAR mulai berkurangan pelajar sehingga satu demi satu terpaksa ditutup,” tambahnya.

Tambah Suhaimi, di Pahang pada asalnya terdapat 18 SAR tetapi selepas dua peristiwa tersebut empat daripadanya ditutup dan empat lagi menjadi SABK iaitu menyerahkan urusan pentadbiran kepada kerajaan.

“Pada masa ini hanya ada 10 SAR di Pahang yang boleh dikatakan hidup segan mati tak mahu kerana sumber kewangannya hanya melalui sumbangan orang ramai. Kita kena bayangkan dalam masa guru-guru sekolah mendapat durian runtuh, guru-guru SAR pula ada yang terpaksa mengajar sukarela.

“Sebab itu jika kerajaan bercakap soal pendidikan Islam, generasi Al-Quran, membentuk akhlak remaja, modal insan dan sebagainya maka SAR tidak harus diketepikan kerana ternyata pelajar lepasannyalah yang menjadi pembimbing masyarakat dan mengurangkan angka indeks jenayah selama ini,” jelasnya.


Bajet 2012 terus pinggir SAR

Pang Chow nafi sekeras-kerasnya ugutan tinggalkan PAS

Pang Chow nafi sekeras-kerasnya ugutan tinggalkan PAS

Sunday, October 9, 2011

Najib tak faham, kata presiden PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Perdana Menteri sebagai "tidak faham" konsep Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS apabila mendakwa BN sudah lama melaksanakannya.

Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung.

Khairul Amnan bin Osman
Editor: Srinkandi Malam

. .

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.



Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?


Saturday, October 8, 2011

Iwan Syahman-Kini jiwa saya lebih tenang

Perundangan Islam – Utamakan mencegah bukan menghukum

Diterbitkan pada 22 September 2011 Kategori islam, Ucapan



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(13

وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (14)- النساء: 13-14



Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa’, ayat 13-14



Tema sambutan Hari Hududullah pada tahun 1432 Hijrah ini ialah “Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman”. Bermakna perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat. Oleh itu, di dalam al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 11 kali di dalam 7 ayat yang dirangkumi di dalam 5 surah yang berlainan. Satu ayat daripadanya membicarakan tentang hukum hakam puasa, tiga daripadanya tentang hukum cerai dan iddah, dan satu ayat lagi membicarakan tentang hukum faraid atau pembahagian harta pusaka, seperti mana ayat tersebut di atas. Kemudian, satu ayat juga menceritakan sikap orang-orang munafik yang suka melanggar hudud Allah dan satu lagi membicarakan tentang hukum zihar.

Jodoh: Memilih si A atau si B?

Nurul Adni Adnan
Editor: Isyrak

. .

Antara topik yang sering dikongsikan adalah - membuat pilihan tentang jodoh.



Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon itu kelihatan baik dan punya kelebihan masing-masing.



Juga diketahui ada kelemahan masing-masing, yang membuatkan kita amat berhati-hati bercampur bimbang membuat pilihan.



Teman-teman dan adik-adik yang dikasihi, ambillah masa yang sewajarnya untuk taaruf dan bangunkan komunikasi samada secara direct atau melalui orang tengah.


Istiqamah Dalam Beriman

Daripada Abu 'Amru - atau digelar juga Abu 'Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)



Mencari makna di sebalik pesta konvokesyen

Mohamad Iqbal Ab Wahab
Kira-kira dua minggu yang lalu, saya ditanya oleh seorang wartawan berkenaan perkara yang menarik tentang pesta konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Soalan itu cukup mudah, namun memberi satu impak kepada diri saya untuk mencari jawapan yang tepat dan sebenar tentang istilah perkara yang menarik tentang pesta konvokesyen. Pesta Konvokesyen UIAM kali ke-27 yang berlangsung selama satu minggu bermula 8 Oktober 2011 hingga 15 Oktober 2011 harus mempunyai tarikannya yang tersendiri, bukan sekadar kegairahan untuk memeriahkan suasana konvokesyen di UIAM.

Wednesday, October 5, 2011

Pendirian rasmi PAS mengenai hudud



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.


Sejarah Ringkas 60 Tahun PAS

Kerja melibatkan bersalaman dengan wanita




Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Soalan: Saya bekerja dengan sebuah syarikat antarabangsa yang melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakkan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif.



Pertama: Adakah rezeki saya dikategorikan daripada sumber yang syubhah?



Kedua: Adakah terdapat cara terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau perlukah saya berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain?

Hukum bercumbuan tanpa zina




Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Soalan: Assalamualaikum..saya nak tanya, apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? Adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? Apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua? Saya kurang jelas tentang hal ini..



Jawapan: Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu:



1.Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2.Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).

3.Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4.Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)

5.Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6.Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.

Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;



Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.

Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.

Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4516)



Wallahu a’lam.



Sumber: http://www.islamituindah.my



Bergopoh- gapah

Gopoh-gapah atau isti'jal adalah penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat serta boleh meluputkan pahala segala kebajikan.

There was an error in this gadget