TEXTAREA_ID

Friday, May 28, 2010

‘Halal’ judi tidak makmur tapi undang murka Allah
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (gambar) berharap Datuk Seri Najib sedar bahawa dengan langkah kerajaan ‘menghalalkan’ perjudian bola sepak tidak akan bertambah kemakmuran sebaliknya mengundang kemurkaan Allah.
Justeru, katanya sesiapa yang beriman dengan Al-Quran, wajib baginya beriman dengan haramnya judi walau apa pun bentuk dan namanya.
Begitu juga, tambahnya tidak ada mana-mana agama di dalam dunia ini yang menghalal dan menggalakkan amalan berjudi yang sentiasa menimbulkan kemudaratan dalam kehidupan sosial umat manusia.
Menurutnya, langkah kerajaan Malaysia yang memberi lesen perjudian bola sepak sempena Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya baru-baru ini adalah satu langkah yang tidak sesuai sama sekali dengan kehendak iman dan akal kita.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok percaya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin melihat kemakmuran kehidupan rakyat dan ingin melihat keberkatan di dalam pentadbirannya.

Thursday, May 27, 2010

MALU,,MALU..MALUNYA...

Asslamualaikum w.tw...
pda mlm ini mrilah sma2 kita terokai apakah sfat sbenar mlu dlm islam...

MALU antara sifat terpuji yang melambangkan ketinggian budi pekerti Muslim dan ketebalan imannya. Sifat malu juga satu petanda membuktikan iman itu bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, sebaliknya mereka yang tidak mempunyai rasa malu bermakna sudah hilang imannya.

Wednesday, May 26, 2010

Kalau semua putih, membosankan!

Betapa orang cenderung pada kebaikan walaupun nalurinya mengintai-intai kejahatan. Ada orang cenderung pada kejahatan walaupun nalurinya membisik kebaikan. Ini lumrah kehidupan. Itulah yang membuat hidup ini indah. Kehidupan ini ibarat lukisan berwarna-warni. Kalau satu warna sahaja tidak menawan. Kalau semuanya putih pastinya tidak relistik. Kalau semuanya hitam membosankan.

Tuesday, May 25, 2010

Apakah Najib tiada 'setitis iman' ketika lulus lesen judi?


Tok Pepijat   
Sejak isu judi bola heboh seluruh negara, kita dapat melihat "wajah sebenar" politikus-politikus yang mewarnai negara.

Wajah sebenar Umno terserlah dengan "kemunafikan melampau" oleh PM, Najib yang meluluskan lesen judi tersebut.

SAHABAT SEJATI

Cepat benar engkau melupakan aku, wahai sahabat, walhal aku senantiasa menantikan pujian-pujian darimu. Apakah kata-kataku selama ini tiada nikmatnya. Atau engkau bersangka aku berjenaka seperti jenakanya teman-temanku itu?

PAYAHNYA MENGENAL SAHABAT

Payahnya mengenal sahabat
Masing-masing mahu berhibur dan terhibur
Sahabat yang bijak akan rosak inteleknya jika ditegur
Sahabat yang dungu akan rosak perasaannya jika disinggung

Jika diam dikatanya tidak tahu
Jika banyak cakap dikatanya tunjuk pandai
Apabila dipuji dia merasa senang hati
Apabila diuji dia cepat remuk hati
Bukan senang jadi kawan
Bila seirama itulah tolan
Bila tak sekata jadi lawan

Dengan siapa kita berkawan
Itu... Orang hebat setinggi awan
Ilmunya tinggi jiwanya tenteram
Tapi sayang, belumpun sempat menghulur salam
Ia merajuk sakit meragan

Payahnya mengenal sahabat
Suaranya indah ilmunya lebat
Sedikit terantuk lalu merajuk
Marilah sama kita memujuk

Itulah tanda kasih sayang
Dalam keikhlasan tak serupa keikhlasan...

BUKU RUJUKAN KITA

BUKU KARANGAN FATHI YAKAN “Ma za ya’ nie intimaie lil islam?”= “Apa ertinya saya menganut ISLAM?” Terbitan PUSTAKA SALAM.
KULIT BUKU BELAKANG:Agama Islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia.Namun begitu,ramai dikalangan umat Islam tidak memahami hakikat sebenar manjadi seorang penganut agama Islam. Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yamg muslim dan menerima Islam sebagai Warisan.
Buku ini adalah cetusan Ustaz Fathin Yakan daripada pengalaman dakwah beliau.Daripada buku ini kita dapat mengetahui hakikat sebenar menjadi seorang muslim.
Diharap sahabat-sahabat mendapatkan senaskah buku ini yang begitu bermakna buat kita semua. Mudah-mudahan kita mendapat redha ALLAH taala dalam setiap detik pernafasan kita. AMIN . . .

nampak kuat agama tapi masuk neraka

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

assalamualaikum w.t.w...

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.

Namun

Thursday, April 8, 2010

Kerajaan bertanggungjawab jaga akhlak dan aqidah umat


 
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

BALING – Kerajaan negeri Kedah sentiasa berusaha menyediakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada rakyatnya agar akhlak serta akidah mereka tidak terpesong dari landasan agama.
 
Solat tiang agama, jika tiang itu tidak didirikan tentulah runtuh agama seseorang. Solat telah difardukan ke atas setiap muslim sebagai tanda kepatuhan penuh ikhlas kepada Allah S.W.T.

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka mendirikan solat yang berhubungkait dengan penularan gejala sosial yang melanda belia. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, rakyat yang beragama serta mengenal Tuhannya, maka sudah tentu mereka akan mengenali ibu bapa, jiran seterusnya mengukuhkan hubungan sesama insan.

“Dalam rukun Islam, pertama mengucap kalimah syahadah, kemudian solat yang wajib kepada semua umat Islam, sama ada dalam keadaan sihat dan sakit sekalipun. Sembahyang itu akan cegah manusia daripada melakukan perbuatan yang ditegah dalam agama.” jelas beliau pada Majlis Perasmian Penutupan Kem Anak Soleh yang diadakan di Maktab Mahmud Baling.

Hilang’ RM50 juta demi kesejahteraan rakyat


 
Oleh: AZMAN AHMAD

Sungai Petani – Kerajaan negeri tidak berniat untuk menaikkan cukai tanah malahan telah bertindak menurunkan cukai tanah yang dinaikkan pada tahun 2007.
 
”Sebaik sahaja kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan dua tahun lalu, cukai tanah telah diturunkan. Akibat penurunan tersebut kerajaan kehilangan pendapatan sebanyak RM50 juta setahun namun ia dilakukan demi kesejahteraan rakyat,” kata YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sewaktu berucap di majlis penyampaian geran tanah di perkarangan Pejabat Daerah Kuala Muda.