TEXTAREA_ID

Wednesday, March 17, 2010

SALASILAH NABI AGUNG KITA NABI MUHAMMAD S.A.W.

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul

akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.

· Saudah Binti Zam'ah.

· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

· Zainab Binti Jahsy.

· Maimunah Binti Harith.

· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah

SAUDARA SUSUAN:

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah

SAUDARA SUSUAN:

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan...

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.

· Kulitnya putih lagi bercahaya.

· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Monday, March 8, 2010

Masih ada waktu buat kita.Jawapan Allah buat yang sibuk

Akan datang pada hari pengadilan yang ketika itu Allah s.w.t memberikan pertanyaan kepada manusia tentang ibadah,namun mereka mengemukakan berbagai alasan seperti sakit,kekayaan, kemiskinan, dan sebagainya, maka Allah Swt menghadirkan hamba-hambaNya yang soleh untuk menyanggah alasan-alasan tersebut. orang kaya akan mengatakan bahawa mereka tidak dapat melaksanakan ibadah kerana sibuk menguruskan harta kekayaan. maka Allah Swt memanggil Nabi Sulaiman a.s dan berfirman " Hambaku ini lebih kaya dari pada kamu. ia memiliki kerajaan dan kekayaan sangat luas, namum semua itu tidak menghalanginya dari beribadah kepadaKu" Maka orang-orang itupun tidak dapat menghindar. (Walau demikian, Nabi Sulaiman a.s akan masuk syurga 40 tahun lebih lambat dari pada nabi-nabi lainnya kerana beliau memiliki kekayaan yang banyak).
Allah Swt bertanya kepada orang-orang miskin, "Mengapa kalian tidak mahu beribadah kepadaKu?" Mereka menjawab "Kami adalah orang-orang miskin, oleh kerana itulah, Kami tidak dapat beribadah kepadaMu" Kemudian Allah Swt memanggil Nabi Isa a.s, beliau adalah seorang nabi yang sangt miskin. Beliau tidak memiliki harta apapun. bahkan rumahpun tidak ada, namun Beliau tetap taat beribadah kepada Allah Swt. Maka mereka tidak dapat mengelak. sedangkan orang-orang miskin yang beriman dan bertakwa akan masuk syurga 500 tahun terlebih dahulu dari pada orang-orang Islam yang kaya.
Ketika orang sakit diberi pertanyaan serupa, maka mereka akan menjawab, "kami sakit, oleh sebab itu kami tidak dapat menaati Mu" kemudian ALlah Swt memanggil Nabi Ayyub a.s yaitu seorang nabi yang sering ditimpa penyakit,namum hal itu tidak menghalanginya dari beribadah kepada Allah. mereka pun tidak dapat mengelak.
Pertanyaan itupun akan dilontarkan kepada hamba sehaya, mereka menjawab, Kami adalah hamba sahaya. Kami tidak mempunyai kebebasan untuk mentaati Mu" maka Allah swt memanggil Nabi Yusuf a.s yang merupakan nabi yang menjadi hamba sahaya seorang raja (Qithmir), namun tetap beriman dan taat kepada Allah.
Dengan demikian, kelompok manusia yang lalai dari beribadah kepada Allah Swt tidak dapat mengemukakan alasan dan mereka akan dilemparkan ke neraka jahanam. Semoga Allah swt menyelamatkan kita hal demikian.

Tepuk dada tanya iman. Kita bagaimana?

Sunday, March 7, 2010

SAHABAT KU SEKALIAN..

TARBIYYAH SATU PROSES PENGALAMAN ...

 Kesibukan dan tanggungjawab perjuangan sering didahulukan dari yang lain. Namun kesibukan dan tanggungjawab perjuangan bukan masalah. Kedua-duanya adalah proses pengalaman yang sering mematangkan diri. Bagaimana menghadapinya. .& bagaimana mengendalikannya.


 Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan. Alasan tidak dapat datang majlis-majlis pengajian..tidak dapat datang usrah..tidak dapat datang mesyuarat..dan macam-macam lagi.

 Ada juga kerana kesibukan jadi alasan tidak dapat beramal..solat tidak berjamaah..tinggal zikir ma'thurat..tidak ada masa untuk Al Quran...juga tidak dapat dapat bangun malam bertahajjud. Tambah lagi ada juga buat alasan kerana tanggungjawab perjuangan ..terabai langsung amal-amal fardi.

 Justeru..tarbiyyah bukan semata-mata fikrah. Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah. Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah...namun ianya adalah proses perubahan melalui pengalaman beramal dengan ilmu..berpegang dengan fikrah..juga pengalaman mengendalikan diri dalam berhadapan arus kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan tanggungjawab perjuangan.. .

 Tarbiyyah adalah satu proses merasai pengalaman.. bagaimana rasanya berpegang teguh dengan Islam sebagai cara hidup..bagaimana rasanya bila beramal dan merasai lazat beramal..bagaimana rasanya bila berjuang dan merasai pahit getir perjuangan.. .bagaimana rasanya susah payah perjuangan dan bersabar dalam bersusah payah.

 Oleh itu ..jika pernah rasa senang maka kena rasa juga susah..jika pernah rasa menang maka kena rasa juga kalah..jika pernah rasa kuat maka kena rasa juga lemah. semua itu memberi pengalaman merasai sunnah dan realiti perjuangan. Barulah seorang pejuang itu menjadi matang dalam tarbiyyahnya. ..


Firman Allah Azza wa Jalla :

"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum lagi datang kepadamu apa yang telah mengenai orang-orang yang terdahulu dari kamu; mereka dirasakan dengan kesakitan dan kepapaan dan digoncangkan (pegangan) mereka sehingga berkata oleh rasul dan orang-orang yang bersamanya `Bilakah lagi datang pertolongan Allah' Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir". ---Al Baqarah : 214---


** Oleh itu ya sohabati...kukuhkanlah amalan kalian..terjunlah ke medan perjuangan..nescaya kalian bakal menjadi pejuang aqidah dan fikrah yang sebenar ..menjadi pencinta mati syahid demi syurga Allah yang tinggi..wallahualam.



TARBIYYAH PERLU DIRASAI DAN DIALAMI


"Sesungguhnya solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah sekalian Alam"

“Janganlah kalian tinggalkan semua perkara, jika kalian tak mampu lakukan semua perkara..berpadalah”

“Mujahadah adalah satu jalan untuk seseorang menuju Allah
Tanpa mujahadah adalah mustahil seseorang hamba sampai kepada-Nya
Kerana yang menjadi penghalang seseorang itu menuju Allah ialah syaitan dan nafsunya..”

Thursday, March 4, 2010

Jangan takut dengar ceramah Pakatan Rakyat

Hashim Abdullah
KUALA KRAU, 4 Mac: Rakyat di negara ini tidak perlu takut mendengar ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat kerana fungsi parti politik adalah untuk membela rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berucap pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, di Felda Jengka 17, dekat sini, semalam, Tuan Ibrahim berkata rakyat perlu membebaskan diri mereka daripada resapan budaya Umno yang mahu rakyat terkongkong daripada mendapat maklumat secara bebas.

“Corak pentadbiran dan pengurusan pemerintahan Umno yang banyak menyeleweng menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit. Banyak isu yang belum selesai seperti isu PKFZ, kehilangan injin jet, stadium runtuh, kapal selam yang tidak boleh menyelam.

“Penyelewengan ini cuba ditutup dengan mereka mencipta berbagai isu bagi mengalih pandangan dan tumpuan rakyat. Mereka cuba tutup, maka sebab itu rakyat kena hadir ceramah bagi mendapatkan maklumat yang tidak mampu didedahkan media. Rakyat termasuk orang Umno tak perlu takut hadir ceramah. Tak perlu takut pada orang politik kerana tugas orang politik untuk membela dan menjaga rakyat,” katanya.

Turut berceramah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Sharil Azman dan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Sunday, February 28, 2010

Pemuda perlu berani berubah, lakar sejarah baru

Rusli Yasmin
SHAH ALAM, 27 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru Pemuda PAS supaya berani membuat perubahan dan melakar sejarah baru dalam suasana politik negara yang penuh mencabar.

"Pemuda pasti berjiwa besar, membuka luas minda, tidak terjebak dalam emosi dan sentimen yang menyempitkan perjuangan.

"Pemuda juga mesti berani berubah, berani untuk melakar sejarah kerana itulah sifat pemuda" katanya yang merupakan mantan Ketua Pemuda PAS pada sesi lepas.

Beliau tidak bimbang soal aqidah dan daya juang yang ada dalam diri pemuda selagi sistem tarbiyyah PAS dipandu dan terus diperjuangkan oleh kepimpinan ulamak yang sedia ada pada hari ini.

Jati diri pemuda juga katanya tidak boleh dibina di atas emosi dan sentimen bagi berhadapan dengan suasana politik yang semakin mencabar.

"Apa yang penting bagi pemuda ialah terus maju ke hadapan, kerana cabaran hari ini tidak sama dengan cabaran 30 tahun yang lalu.

"Hari itu telah berlalu, hari ini era yang baru, politik yang memerlukan pemikiran baru, pemikiran yang lebih bijaksana dalam mengharungi bahtera perjuangan ini.

"Hari ini mesti ada nilai tambah, diri kita mesti terus belajar dan terus belajar" katanya.

Beliau merasmikan majlis penerangan dan pelancaran Polisi Latihan Kompetensi Bersepadu Pemuda PAS di sebuah hotel, di sini semalam.

Jangan sambut kelahiran Nabi sekadar cogan kata

Khairul Azlam
MARANG, 26 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sekadar dengan cogan kata atau lambang-lambang kemegahan.

Apa yang penting, katanya, mengambil kefahaman serta pengajaran dari kelahiran Nabi s.a.w. dengan menghayati ajarannya yang sebenar.

“Marilah kita mengambil kefahaman dari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan kerasulannya ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa yang besar ini bukan hanya sekadar mengagungkan cogan kata dan lambang-lambang yang dimegahkan tanpa menghayati ajarannya yang sebenar,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Bahkan, katanya Allah SWT mewujudkan keadaan dunia yang benar-benar berhajat kepada petunjuk daripada Allah yang dibawa oleh seorang rasul yang paling hebat di kalangan rasul-rasul yang diutuskan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, cahaya Allah Taala (Islam) itu tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja termasuk kuasa besar dunia.

Menurutnya, meski pun umat Islam mengalami ‘hakisan’ serta kekurangan yang lemah hingga berlaku pasang surut tetapi agama Islam itu tetap akan terpelihara serta tidak boleh dihapuskan pada hari ini hingga ke hari kiamat.

Tuesday, February 23, 2010

Kempen Anti Zina: Dosa zina tidak berkurang dengan pakai kondom

http://episodeperjuangan.blogspot.com/
1. Tahap gejala sosial negara kita hari ini kian parah . Pergaulan bebas , penzinaan [ pelacuran ] , arak dan aneka maksiat tumbuh subur bagai cendawan selepas hujan .

2. Lebih malang apabila gejala sosial yang negatif ini bagai ada penaung dan pihak yang menyuburkannya dengan pelbagai aktiviti maksiat dan mungkar tanpa kawal .

3. Kelab malam , karaoke , pub , rumah urut dan pusat - pusat hiburan bercambah mengatasi bilangan masjid surau . Dalam satu qariah tentunya hanya dibenarkan sebuah masjid berasaskan mazhab Imam Syafie tetapi entah mazhab apa yang digunakan untuk memberi keizinan [ lesen ] kepada pengusaha pusat hiburan yang banyak dalam satu qariah . [ sebagai sample kes saya rujuk qariah Kuantan ]

4. Rancangan televisyen , filem dan internet tanpa kawal antara yang menyumbang secara aktif ke arah suburnya maksiat dan mungkar dalam negara kita . Inilah musibah besar yang sedang melanda negara kita malah mampu meruntuhkan sebuah peradaban kemanusiaan . manakan tidak , setelah mereka rangsang nafsu dan syahwah melalui aktiviti - aktiviti maksiat dan mungkar , disuburkan lagi dengan kemudahan untuk mendapat pil - pil khayal , arak dan dadah malah disediakan pula tempat mereka beroperasi secara selamat di dalam premis berlesen maka ...............

5. ...... berlakulah zina dan lahirlah anak luar nikah . Akhirnya manusia menjadi binatang yang kejam lalu membakar bayi yang tidak berdosa hidup - hidup , sebahagiannya dicampak menjadi makanan anjing liar . Mereka akhirnya menjadi penjenayah dan mangsa jenayah kejam mereka ialah anak mereka sendiri .

6. Semua pihak bertanggungjawab menangani perkara ini . Selamatkan negara dan selamatkan masyarakat kita dari terus menjadi mangsa maksiat dan mungkar yang keji ini . Pihak berwajib mesti segera mengambil langkah berkesan secara drastik dan tentunya antara pendekatan berkesan untuk mengatasi perkara ini ialah melalui pendekatan holistik .

7. Kerajaan mesti mempunyai agenda yang jelas dan serius untuk membasmi gejala zina , pergaulan bebas dan penagihan arak yang semakin ketara ini .

a ] Perbanyakkan institusi pengajian agama dan wajibkan pelajar menyertainya
b ] Hapuskan pusat - pusat hiburan yang hanya memusnahkan akhlak dan moral
c ] Benteras aktiviti pelacuran secara serius dan bersungguh - sungguh .
d ] Bimbingan kerjaya buat remaja dan belia .
e ] Kempen perkahwinan digiatkan serta mudahkan proses berkahwin .
f ] Beri bantuan kewangan dan khidmat kaunseling yang pasangan yang memerlukan
g ] Batalkan semua konsert hiburan yang melampau
h ] Tapis semua rancangan televisyen dan filem dalam negara
i ] Biayai masjid surau dan anjurkan program ilmu untuk masyarakat .
j ] dan lain - lain yang positif dan boleh menyelamatkan masyarakat dari terus terjebak dalam perangkap nafsu dan syahwah yang membinasakan .

8. Sungguh hairan jika kerajaan gagal mengawal dan membendung aktiviti maksiat dan mungkar ini sedang kerajaan mempunyai segala keupayaan dan kemampuan untuk melakukannya . FRU boleh digunakan bertrak - trak untuk membatalkan majlis ceramah dan himpunan aman tetapi mereka seperti lumpuh tidak mempunyai anggota apabila berdepan dengan pelacuran dan maksiat yang lain .

9. Saya juga kesal melihat bagaimana wanita UMNO bertindak untuk menangani perkara ini . Mereka seperti berpura - pura dan bersikap acuh tak acuh dalam bertindak . Menangani kes buang bayi tidak terhendi setakat melancarkan kempen selamatkan bayi dan menawarkan Wanita UMNO sanggup menjadi ibu yang memelihara bayi - bayi tersebut tetapi mestilah dilihat malah dibenteras puncanya iaitu zina .

10. Samalah kes menangani penyakit Aids, saya tidak faham bagaimana mereka berfikir bahawa menangani penyakit aids ialah dengan menggalakkan penggunaan kondom .

Ertinya mereka dalam sedar atau tidak seperti bersetuju dengan zina cuma perlu menggunakan kondom. Dosa zina tidak menjadi kurang dengan pemakaian kondom sebagaimana dosa zina juga tidak terhapus semata - mata menyerahkan bayi yang dilahirkan kepada wanita umno untuk dipelihara .

Kalau nak bersihkan semak samun tebaslah dipangkalnya atau racunlah diperdunya bukan hanya menggunting dipucuknya .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Monday, February 22, 2010

Iklan isu royalti sahkan kerajaan persenda 1Malaysia

http://purnamakelantan.blogspot.com/Mohamed Zainal Abidin bin Hussin
Rakyat seluruh negara yang ternanti-nanti penjelasan isu tuntutan hasil petroleum kerajaan negeri Kelantan terkejut besar apabila kerajaan pusat dengan jelas mempersenda konsep 1Malaysia yang kononnya menjadi pegangan kerajaan pimpinan DAtuk Sri Najib Tun Razak sekarang.

Dalam penjelasan no.4 berhubung kedudukan dan hak negeri Sabah dan Sarawak terhadap hasil carigali petroleum, diberitahu bahawa kedua-dua negeri ini tertakluk kepada Akta Pelantar Benua 1966 yang menjadikan kerajaan pusat mempunyai layanan istimewa kepada negeri-negeri terbabit.

Negara telah lebih 50 tahun merdeka. Semua rakyat Melaysia kini tidak langsung merasa mereka berbeza. Mereka yang lahir lepas merdeka pun sudah menghampiri umur pencen.

Inikah rupanya pemikiran pemimpin negara terhadap rakyatnya. Ada yang istimewa dan ada yang tidak istimewa.

Rakyat tidak tahu-menahu mengenai apa-apa perjanjian lama lebih-lebih lagi yang direkacipta di zaman penjajah asing yang begitu lama memeras hasil dari tanah air yang kita cintai ini.

Seharusnya kalau benar ada perkara buruk seperti ini, yang membeza-bezakan antara rakyat di sebarang sana dengan rakyat seberang sini seharusnya telah telah lama kita humban dalam laut cina selatan.

Sekarang ini pula kita meraung ke sana-sini, 1Malaysia!, 1Malaysia!, 1Malaysia!. Kononnya semua rakyat sekarang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Rupanya budaya feudal, budaya penjajah, malah budaya jahiliyyah masih bersarang dalam kepala mereka yang mahu digelar pemimpin di negara kita.

Siapa pun membaca penjelasan yang kononnya untuk menjawab fitnah ini akan terjeluak dan semakin yakin inilah pembohongan-pembohongan pemimpin yang tidak bermaruah dan memijak-mijak citra rakyat yang mahukan ketelusan dan keadilan.

Kelantan, kononya tidak berhak mendapat royalti (perkataan royalti katanya tiada dalam penjanjian - hujah terbodoh) dan pemberian 20 juta hanyalah wang ehsan.

Soalnya mengapa 20 juta. Kalau wang ehsan yang hanya sama dengan sekedah itu mengapa pula perlu ada perundingan dengan Petronas hingga angka 20 juta ini diperolehi. Tentulah kiraan dibuat oleh pihak Petronas atas sebab jumlah ini kena (wajib) dibayar.

Kalau ia bukan satu kewajipan, sekadar sedekah perlu apa sampai 20 juta. Cukuplah sekadar lapan ribu setengah atau lima riyal atau lima amah pun padanlah.

Cukuplah wahai pemimpin, kami rakyat bukanlah sebahlol yang disangka. Perbuatan ini telah melampau. Kita yakin sejahat-jahat penjajah durjana pun tak sanggup buat kerja seperti ini.

Laporan Sinar Harian tidak tepat – Tuan Ibrahim

Basiron Abdul Wahab
TEMERLOH, 22 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas akhbar Sinar Harian, semalam (21 Februari) kerana menyiarkan berita yang tidak tepat terhadapnya.

Katanya, berita nasional di muka surat N7 dengan tajuk besar ‘Saya kini dalam dilema’ dan sub tajuk ‘kesal dianggap ‘tangan ghaib’ PAS, punya kuasa singkir pesaing; Tuan Ibrahim’ , sebagai tidak tepat dan tersasar.

Menurutnya, laporan akhbar berkenaan bukan sahaja tidak betul, malah memasukkan kenyataan paslu yang direka-reka.

“Saya tidak menyebut perkataan sebagaimana yang disiarkan, lebih-lebih lagi kenyataan kononnya saya berada di dalam dilema, saya tidak berada di dalam dilema pun,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyurat Badan Perhubungan PAS Pahang di pejabatnya, dekat sini, semalam.

Akhbar berkenaan menyiarkan berita kononnya beliau berada di dalam dilema kerana ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tangan ghaib’ yang mempunyai kuasa menyingkir sesiapa sahaja termasuk pesaingnya pada pemilihan jawatan parti.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, menyebabkan apa sahaja keputusan Lembaga Displin dianggap berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi.

Menurutnya, beliau juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan: ‘Hendak diluahkan mati mak, mahu ditelan mati bapak’.

Kenyataan itu jelasnya, hanya rekaan untuk mensensasikan berita tetapi sebenarnya ia tersasar jauh daripada apa yang saya sebut semasa dihubungi pemberita terbabit.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang telah menerima permohonan maaf daripada pemberita berkenaan melalui khidmat pesanan singkat (SMS).