| Haluan Malaysia |
PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu. HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia. |
Tuesday, June 1, 2010
Dunia jadi saksi kekejaman zionis Yahudi di perairan antarabangsa
Friday, May 28, 2010
AURAT WANITA BERHADAPAN IPAR DUAI..
Assalamualaikum w.t.w..
Alhamdulillah , Segala Puja - Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina .

| ‘Halal’ judi tidak makmur tapi undang murka Allah |
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (gambar) berharap Datuk Seri Najib sedar bahawa dengan langkah kerajaan ‘menghalalkan’ perjudian bola sepak tidak akan bertambah kemakmuran sebaliknya mengundang kemurkaan Allah. Justeru, katanya sesiapa yang beriman dengan Al-Quran, wajib baginya beriman dengan haramnya judi walau apa pun bentuk dan namanya.Begitu juga, tambahnya tidak ada mana-mana agama di dalam dunia ini yang menghalal dan menggalakkan amalan berjudi yang sentiasa menimbulkan kemudaratan dalam kehidupan sosial umat manusia. Menurutnya, langkah kerajaan Malaysia yang memberi lesen perjudian bola sepak sempena Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya baru-baru ini adalah satu langkah yang tidak sesuai sama sekali dengan kehendak iman dan akal kita. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok percaya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin melihat kemakmuran kehidupan rakyat dan ingin melihat keberkatan di dalam pentadbirannya. |
Thursday, May 27, 2010
MALU,,MALU..MALUNYA...
Asslamualaikum w.tw...
pda mlm ini mrilah sma2 kita terokai apakah sfat sbenar mlu dlm islam...
MALU antara sifat terpuji yang melambangkan ketinggian budi pekerti Muslim dan ketebalan imannya. Sifat malu juga satu petanda membuktikan iman itu bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, sebaliknya mereka yang tidak mempunyai rasa malu bermakna sudah hilang imannya.

Wednesday, May 26, 2010
Kalau semua putih, membosankan!
Betapa orang cenderung pada kebaikan walaupun nalurinya mengintai-intai kejahatan. Ada orang cenderung pada kejahatan walaupun nalurinya membisik kebaikan. Ini lumrah kehidupan. Itulah yang membuat hidup ini indah. Kehidupan ini ibarat lukisan berwarna-warni. Kalau satu warna sahaja tidak menawan. Kalau semuanya putih pastinya tidak relistik. Kalau semuanya hitam membosankan.
Tuesday, May 25, 2010
Apakah Najib tiada 'setitis iman' ketika lulus lesen judi?
SAHABAT SEJATI
Cepat benar engkau melupakan aku, wahai sahabat, walhal aku senantiasa menantikan pujian-pujian darimu. Apakah kata-kataku selama ini tiada nikmatnya. Atau engkau bersangka aku berjenaka seperti jenakanya teman-temanku itu?
PAYAHNYA MENGENAL SAHABAT
Payahnya mengenal sahabat
Masing-masing mahu berhibur dan terhibur
Sahabat yang bijak akan rosak inteleknya jika ditegur
Sahabat yang dungu akan rosak perasaannya jika disinggung
Jika diam dikatanya tidak tahu
Jika banyak cakap dikatanya tunjuk pandai
Apabila dipuji dia merasa senang hati
Apabila diuji dia cepat remuk hati
Bukan senang jadi kawan
Bila seirama itulah tolan
Bila tak sekata jadi lawan
Dengan siapa kita berkawan
Itu... Orang hebat setinggi awan
Ilmunya tinggi jiwanya tenteram
Tapi sayang, belumpun sempat menghulur salam
Ia merajuk sakit meragan
Payahnya mengenal sahabat
Suaranya indah ilmunya lebat
Sedikit terantuk lalu merajuk
Marilah sama kita memujuk
Itulah tanda kasih sayang
Dalam keikhlasan tak serupa keikhlasan...

BUKU RUJUKAN KITA
BUKU KARANGAN FATHI YAKAN “Ma za ya’ nie intimaie lil islam?”= “Apa ertinya saya menganut ISLAM?” Terbitan PUSTAKA SALAM.
KULIT BUKU BELAKANG:Agama Islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia.Namun begitu,ramai dikalangan umat Islam tidak memahami hakikat sebenar manjadi seorang penganut agama Islam. Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yamg muslim dan menerima Islam sebagai Warisan.
Buku ini adalah cetusan Ustaz Fathin Yakan daripada pengalaman dakwah beliau.Daripada buku ini kita dapat mengetahui hakikat sebenar menjadi seorang muslim.
Diharap sahabat-sahabat mendapatkan senaskah buku ini yang begitu bermakna buat kita semua. Mudah-mudahan kita mendapat redha ALLAH taala dalam setiap detik pernafasan kita. AMIN . . .

nampak kuat agama tapi masuk neraka
Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin
assalamualaikum w.t.w...
Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.
Namun

Subscribe to:
Posts (Atom)
HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.
Justeru, katanya sesiapa yang beriman dengan Al-Quran, wajib baginya beriman dengan haramnya judi walau apa pun bentuk dan namanya.