TEXTAREA_ID
Tuesday, February 16, 2010
Mahfuz kecewa Pas dianggap tidak serius isu muzakarah
SHAH ALAM – Pas kecewa dengan kenyataan beberapa pemimpin kanan UMNO yang menuduh parti itu seolah-olah tidak serius dalam membincangkan isu berkaitan Islam.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pimpinan tertinggi UMNO mempunyai motif politik dan kepentingan peribadi, bukan mencari kesepakatan untuk kebaikan bersama.
“Melalui muzakarah ini, kami juga dapat menyampaikan kebenaran kepada mereka tentang kepimpinan tertinggi UMNO yang penuh helah dan berniat tidak baik di samping membincangkan isu agama, keselamatan negara, ekonomi dan politik,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian,: semalam.
Menurutnya, Pas tidak akan membuang masa dengan pimpinan UMNO yang sering berdolak-dalik dalam membuat keputusan.
“Kita dapat lihat pimpinan tertinggi UMNO sering bercanggah pendapat dalam isu Islam, seperti perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, yang direka mereka tanpa siasatan terlebih dahulu,” katanya.
Sementara itu, Mahfuz berkata, mesyuarat Pas untuk membincang isu perbincangan dengan UMNO kelmarin ditangguhkan ke bulan hadapan.
Idea perbincangan dengan UMNO dicetuskan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membincangkan isu berkaitan Islam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata mereka sedia berbincang dengan UMNO berkaitan isu keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment