Sama2 lah mencari kebenaran..
Guan Eng bidas media putar belit fakta | Print | E-mail
Ali Hashim
PULAU PINANG, 15 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar sesetengah media arus perdana berbahasa Melayu dan Inggeris yang memutarbelitkan fakta dan tidak melaporkan perkara sebenar mengenai dakwaan perarakan Maulidur Rasul anjuran kerajaan negeri yang akan diadakan pada 26 Februari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah berhasrat untuk membatalkan perarakan tersebut, namun telah dimanipulasikan oleh media bagi menimbulkan anggapan negatif terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri.
"Mereka (media arus perdana) bukan saja tidak menyiarkan perkara yang benar mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri tetapi sebaliknya memutarbelitkan fakta sehingga memesongkan pemikiran rakyat dengan tujuan untuk menimbulkan anggapan negatif rakyat kepada kerajaan.
"Malah mereka juga cuba membesarkan isu (perarakan) ini walaupun sebenarnya kerajaan negeri tidak pernah membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul sepertimana yang telah diadakan sebelum ini. Mereka juga cuba mensensasikan isu ini bagi mencari pengaruh yang selama ini semakin hilang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Komtar Walk, semalam.
Turut hadir ialah Yang Dipertua negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, Timbalan Ketua Menteri 1 dan 2, Dr Mansor Othman dan Dr P Ramasamy, Speaker Dewan Undangan negeri, Abdul Halim Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri.
Katanya, segala perancangan sepertimana yang diatur untuk majlis sambutan Maulidur Rasul akan dijalankan seperti biasa
No comments:
Post a Comment