TEXTAREA_ID

Sunday, February 28, 2010

Pemuda perlu berani berubah, lakar sejarah baru

Rusli Yasmin
SHAH ALAM, 27 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru Pemuda PAS supaya berani membuat perubahan dan melakar sejarah baru dalam suasana politik negara yang penuh mencabar.

"Pemuda pasti berjiwa besar, membuka luas minda, tidak terjebak dalam emosi dan sentimen yang menyempitkan perjuangan.

"Pemuda juga mesti berani berubah, berani untuk melakar sejarah kerana itulah sifat pemuda" katanya yang merupakan mantan Ketua Pemuda PAS pada sesi lepas.

Beliau tidak bimbang soal aqidah dan daya juang yang ada dalam diri pemuda selagi sistem tarbiyyah PAS dipandu dan terus diperjuangkan oleh kepimpinan ulamak yang sedia ada pada hari ini.

Jati diri pemuda juga katanya tidak boleh dibina di atas emosi dan sentimen bagi berhadapan dengan suasana politik yang semakin mencabar.

"Apa yang penting bagi pemuda ialah terus maju ke hadapan, kerana cabaran hari ini tidak sama dengan cabaran 30 tahun yang lalu.

"Hari itu telah berlalu, hari ini era yang baru, politik yang memerlukan pemikiran baru, pemikiran yang lebih bijaksana dalam mengharungi bahtera perjuangan ini.

"Hari ini mesti ada nilai tambah, diri kita mesti terus belajar dan terus belajar" katanya.

Beliau merasmikan majlis penerangan dan pelancaran Polisi Latihan Kompetensi Bersepadu Pemuda PAS di sebuah hotel, di sini semalam.

Jangan sambut kelahiran Nabi sekadar cogan kata

Khairul Azlam
MARANG, 26 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sekadar dengan cogan kata atau lambang-lambang kemegahan.

Apa yang penting, katanya, mengambil kefahaman serta pengajaran dari kelahiran Nabi s.a.w. dengan menghayati ajarannya yang sebenar.

“Marilah kita mengambil kefahaman dari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan kerasulannya ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa yang besar ini bukan hanya sekadar mengagungkan cogan kata dan lambang-lambang yang dimegahkan tanpa menghayati ajarannya yang sebenar,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Bahkan, katanya Allah SWT mewujudkan keadaan dunia yang benar-benar berhajat kepada petunjuk daripada Allah yang dibawa oleh seorang rasul yang paling hebat di kalangan rasul-rasul yang diutuskan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, cahaya Allah Taala (Islam) itu tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja termasuk kuasa besar dunia.

Menurutnya, meski pun umat Islam mengalami ‘hakisan’ serta kekurangan yang lemah hingga berlaku pasang surut tetapi agama Islam itu tetap akan terpelihara serta tidak boleh dihapuskan pada hari ini hingga ke hari kiamat.

Tuesday, February 23, 2010

Kempen Anti Zina: Dosa zina tidak berkurang dengan pakai kondom

http://episodeperjuangan.blogspot.com/
1. Tahap gejala sosial negara kita hari ini kian parah . Pergaulan bebas , penzinaan [ pelacuran ] , arak dan aneka maksiat tumbuh subur bagai cendawan selepas hujan .

2. Lebih malang apabila gejala sosial yang negatif ini bagai ada penaung dan pihak yang menyuburkannya dengan pelbagai aktiviti maksiat dan mungkar tanpa kawal .

3. Kelab malam , karaoke , pub , rumah urut dan pusat - pusat hiburan bercambah mengatasi bilangan masjid surau . Dalam satu qariah tentunya hanya dibenarkan sebuah masjid berasaskan mazhab Imam Syafie tetapi entah mazhab apa yang digunakan untuk memberi keizinan [ lesen ] kepada pengusaha pusat hiburan yang banyak dalam satu qariah . [ sebagai sample kes saya rujuk qariah Kuantan ]

4. Rancangan televisyen , filem dan internet tanpa kawal antara yang menyumbang secara aktif ke arah suburnya maksiat dan mungkar dalam negara kita . Inilah musibah besar yang sedang melanda negara kita malah mampu meruntuhkan sebuah peradaban kemanusiaan . manakan tidak , setelah mereka rangsang nafsu dan syahwah melalui aktiviti - aktiviti maksiat dan mungkar , disuburkan lagi dengan kemudahan untuk mendapat pil - pil khayal , arak dan dadah malah disediakan pula tempat mereka beroperasi secara selamat di dalam premis berlesen maka ...............

5. ...... berlakulah zina dan lahirlah anak luar nikah . Akhirnya manusia menjadi binatang yang kejam lalu membakar bayi yang tidak berdosa hidup - hidup , sebahagiannya dicampak menjadi makanan anjing liar . Mereka akhirnya menjadi penjenayah dan mangsa jenayah kejam mereka ialah anak mereka sendiri .

6. Semua pihak bertanggungjawab menangani perkara ini . Selamatkan negara dan selamatkan masyarakat kita dari terus menjadi mangsa maksiat dan mungkar yang keji ini . Pihak berwajib mesti segera mengambil langkah berkesan secara drastik dan tentunya antara pendekatan berkesan untuk mengatasi perkara ini ialah melalui pendekatan holistik .

7. Kerajaan mesti mempunyai agenda yang jelas dan serius untuk membasmi gejala zina , pergaulan bebas dan penagihan arak yang semakin ketara ini .

a ] Perbanyakkan institusi pengajian agama dan wajibkan pelajar menyertainya
b ] Hapuskan pusat - pusat hiburan yang hanya memusnahkan akhlak dan moral
c ] Benteras aktiviti pelacuran secara serius dan bersungguh - sungguh .
d ] Bimbingan kerjaya buat remaja dan belia .
e ] Kempen perkahwinan digiatkan serta mudahkan proses berkahwin .
f ] Beri bantuan kewangan dan khidmat kaunseling yang pasangan yang memerlukan
g ] Batalkan semua konsert hiburan yang melampau
h ] Tapis semua rancangan televisyen dan filem dalam negara
i ] Biayai masjid surau dan anjurkan program ilmu untuk masyarakat .
j ] dan lain - lain yang positif dan boleh menyelamatkan masyarakat dari terus terjebak dalam perangkap nafsu dan syahwah yang membinasakan .

8. Sungguh hairan jika kerajaan gagal mengawal dan membendung aktiviti maksiat dan mungkar ini sedang kerajaan mempunyai segala keupayaan dan kemampuan untuk melakukannya . FRU boleh digunakan bertrak - trak untuk membatalkan majlis ceramah dan himpunan aman tetapi mereka seperti lumpuh tidak mempunyai anggota apabila berdepan dengan pelacuran dan maksiat yang lain .

9. Saya juga kesal melihat bagaimana wanita UMNO bertindak untuk menangani perkara ini . Mereka seperti berpura - pura dan bersikap acuh tak acuh dalam bertindak . Menangani kes buang bayi tidak terhendi setakat melancarkan kempen selamatkan bayi dan menawarkan Wanita UMNO sanggup menjadi ibu yang memelihara bayi - bayi tersebut tetapi mestilah dilihat malah dibenteras puncanya iaitu zina .

10. Samalah kes menangani penyakit Aids, saya tidak faham bagaimana mereka berfikir bahawa menangani penyakit aids ialah dengan menggalakkan penggunaan kondom .

Ertinya mereka dalam sedar atau tidak seperti bersetuju dengan zina cuma perlu menggunakan kondom. Dosa zina tidak menjadi kurang dengan pemakaian kondom sebagaimana dosa zina juga tidak terhapus semata - mata menyerahkan bayi yang dilahirkan kepada wanita umno untuk dipelihara .

Kalau nak bersihkan semak samun tebaslah dipangkalnya atau racunlah diperdunya bukan hanya menggunting dipucuknya .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Monday, February 22, 2010

Iklan isu royalti sahkan kerajaan persenda 1Malaysia

http://purnamakelantan.blogspot.com/Mohamed Zainal Abidin bin Hussin
Rakyat seluruh negara yang ternanti-nanti penjelasan isu tuntutan hasil petroleum kerajaan negeri Kelantan terkejut besar apabila kerajaan pusat dengan jelas mempersenda konsep 1Malaysia yang kononnya menjadi pegangan kerajaan pimpinan DAtuk Sri Najib Tun Razak sekarang.

Dalam penjelasan no.4 berhubung kedudukan dan hak negeri Sabah dan Sarawak terhadap hasil carigali petroleum, diberitahu bahawa kedua-dua negeri ini tertakluk kepada Akta Pelantar Benua 1966 yang menjadikan kerajaan pusat mempunyai layanan istimewa kepada negeri-negeri terbabit.

Negara telah lebih 50 tahun merdeka. Semua rakyat Melaysia kini tidak langsung merasa mereka berbeza. Mereka yang lahir lepas merdeka pun sudah menghampiri umur pencen.

Inikah rupanya pemikiran pemimpin negara terhadap rakyatnya. Ada yang istimewa dan ada yang tidak istimewa.

Rakyat tidak tahu-menahu mengenai apa-apa perjanjian lama lebih-lebih lagi yang direkacipta di zaman penjajah asing yang begitu lama memeras hasil dari tanah air yang kita cintai ini.

Seharusnya kalau benar ada perkara buruk seperti ini, yang membeza-bezakan antara rakyat di sebarang sana dengan rakyat seberang sini seharusnya telah telah lama kita humban dalam laut cina selatan.

Sekarang ini pula kita meraung ke sana-sini, 1Malaysia!, 1Malaysia!, 1Malaysia!. Kononnya semua rakyat sekarang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Rupanya budaya feudal, budaya penjajah, malah budaya jahiliyyah masih bersarang dalam kepala mereka yang mahu digelar pemimpin di negara kita.

Siapa pun membaca penjelasan yang kononnya untuk menjawab fitnah ini akan terjeluak dan semakin yakin inilah pembohongan-pembohongan pemimpin yang tidak bermaruah dan memijak-mijak citra rakyat yang mahukan ketelusan dan keadilan.

Kelantan, kononya tidak berhak mendapat royalti (perkataan royalti katanya tiada dalam penjanjian - hujah terbodoh) dan pemberian 20 juta hanyalah wang ehsan.

Soalnya mengapa 20 juta. Kalau wang ehsan yang hanya sama dengan sekedah itu mengapa pula perlu ada perundingan dengan Petronas hingga angka 20 juta ini diperolehi. Tentulah kiraan dibuat oleh pihak Petronas atas sebab jumlah ini kena (wajib) dibayar.

Kalau ia bukan satu kewajipan, sekadar sedekah perlu apa sampai 20 juta. Cukuplah sekadar lapan ribu setengah atau lima riyal atau lima amah pun padanlah.

Cukuplah wahai pemimpin, kami rakyat bukanlah sebahlol yang disangka. Perbuatan ini telah melampau. Kita yakin sejahat-jahat penjajah durjana pun tak sanggup buat kerja seperti ini.

Laporan Sinar Harian tidak tepat – Tuan Ibrahim

Basiron Abdul Wahab
TEMERLOH, 22 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas akhbar Sinar Harian, semalam (21 Februari) kerana menyiarkan berita yang tidak tepat terhadapnya.

Katanya, berita nasional di muka surat N7 dengan tajuk besar ‘Saya kini dalam dilema’ dan sub tajuk ‘kesal dianggap ‘tangan ghaib’ PAS, punya kuasa singkir pesaing; Tuan Ibrahim’ , sebagai tidak tepat dan tersasar.

Menurutnya, laporan akhbar berkenaan bukan sahaja tidak betul, malah memasukkan kenyataan paslu yang direka-reka.

“Saya tidak menyebut perkataan sebagaimana yang disiarkan, lebih-lebih lagi kenyataan kononnya saya berada di dalam dilema, saya tidak berada di dalam dilema pun,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyurat Badan Perhubungan PAS Pahang di pejabatnya, dekat sini, semalam.

Akhbar berkenaan menyiarkan berita kononnya beliau berada di dalam dilema kerana ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tangan ghaib’ yang mempunyai kuasa menyingkir sesiapa sahaja termasuk pesaingnya pada pemilihan jawatan parti.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, menyebabkan apa sahaja keputusan Lembaga Displin dianggap berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi.

Menurutnya, beliau juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan: ‘Hendak diluahkan mati mak, mahu ditelan mati bapak’.

Kenyataan itu jelasnya, hanya rekaan untuk mensensasikan berita tetapi sebenarnya ia tersasar jauh daripada apa yang saya sebut semasa dihubungi pemberita terbabit.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang telah menerima permohonan maaf daripada pemberita berkenaan melalui khidmat pesanan singkat (SMS).

PAS sokong Mustapa adalah penderhaka

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 22 Feb: PAS menyokong dakwaan rakyat Kelantan bahawa Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah pendehaka kerana enggan menyokong perjuangan rakyat menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM1 bilion.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Mustapa sepatutnya malu kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang begitu nekad menyokong perjuangan rakyat Kelantan walaupun tahu akibat perbuatan itu boleh menyebabkannya dipecat dari Umno.

“Tengku Razaleigh tahu untuk membezakan yang mana satu hak rakyat dan yang mana satu hak Kerajaan Persekutuan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya mengecam surat layang yang diedarkan bagi memburuk-burukkan imej ahli parlimen Gua Musang itu.

Menurutnya, adalah tidak wajar Razaleigh menjadi mangsa sedangkan seluruh rakyat berdiri di atas perjuangan yang sama dan menolak pandangan Mustapa yang jelas menyeleweng dari fakta sebenar.

Tambahnya, PAS juga kesal kerana Mustapa mengungkit dana RM9.3 juta yang digunakan bagi projek pembangunan Medan Tuan Padang, Pasar Siti Khadijah dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan, walhal itu sememangnya hak dan duit rakyat Kelantan, bukan Umno.

Menurutnya lagi, Mustapa lupa bahawa segala hasil cukai kastam, saman trafik dan pelbagai hasil lain yang dikutip di negeri Kelantan telah banyak disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Dan tidak sepatutnya menjadi isu jika Kelantan menerima semula peruntukan itu daripada Persekutuan dan kerana duit itu bukan datang dari poket Mustapa untuk diungkit-ungkit.

“Amat memalukan kenapa pemberian kecil itu diungkit semula sedangkan rakyat Kelantan kini menuntut dana yang menjadi hak mereka iaitu duit royalti minyak bernilai RM1 bilion,” ujarnya.

Baginya, hanya kerana Kelantan diperintah oleh PAS, Mustapa dan Umno mencipta pelbagai alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka sedangkan pada hakikatnya rakyat sedar bahawa tindakan itu dibuat atas dasar politik, sama seperti apa yang dilalui oleh Terengganu ketika diperintah PAS.

Katanya, jika di Perak, Umno merampas kuasa rakyat, di Kelantan pula Umno merampas wang rakyat.

“Begitulah Umno yang tidak pernah mengenal erti kesusahan rakyat melainkan ingin mengumpul kuasa dan kekayaan untuk kepentingan mereka sendiri.

“Penderhakaan Mustapa dan Umno ini akan terus tercatat dalam sejarah pembangunan negeri Kelantan dan generasi akan datang harus diperingatkan tentang tragedi paling zalim ini,” ujarnya lagi.

Saturday, February 20, 2010

Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Feb: Akhbar Umno, Utusan Malaysia telah mengambil kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita bertajuk "Umno mula alami perubahan yang baik - Hadi" dalam keluarannya semalam, 18 Februari.

Jelas ia semacam bertujuan untuk melagakan Abdul Hadi dengan para pemimpin PAS yang lain kononnya Abdul Hadi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam isu perkongsian kuasa dan kerajaan perpaduan.

Jelas, apa yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi adalah berbeza.

Berikut adalah kandungan penuh wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk 'Tiada percanggahan dengan MB Kelantan - Presiden PAS'.

S: Datuk Seri, boleh perjelaskan sedikit apa yang dikatakan percanggahan pendapat antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dengan Presiden PAS dalam isu perbincangan PAS dengan Umno?

J: Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Dato’ Nik Abdul Aziz dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam. Agama dengan politik dengan sosial dan sebagainya. Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz.

S: Ini bermakna, apa yang diperkatakan orang tentang berlaku percanggahan itu jauh sekali berlakunya?

J: Tidak…kita mesti memahami agama mengikut definisi Islam dari perkataan ‘ad-deen’ yang disebut al-Quran oleh Tuhan. Berbeza dengan agama yang diterjemahkan ‘religion’ dalam bahasa Inggeris atau agama dalam bahasa ‘Sanskrit’. Di mana, Islam adalah ‘ad-deen’ bukan sahaja agama, bukan sahaja ‘religion’ termasuk di dalamnya cara hidup ‘way of life’ yang termasuk di dalamnya politik, ekonomi, sosial dan segala perkara yang berkait dalam urusan kehidupan manusia secara individu dan masyarakat, secara bangsa dan antarabangsa, secara globalisasi.

Berkait dengan segala aspek yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini. Apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri. Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita. Setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu.

Kita mengalami masalah politik yang belum selesai. Masalah ekonomi, masalah sosial yang makin hari makin parah. Sepatutnya, dibincang apakah penyelesaiannya. PAS boleh mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam. Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan sendiri. PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam. Bukan sahaja melalui Parlimen, melalui Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen). PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan. Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama-ulama dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka.

S: Tuan Guru, adakah kaedah bagi penyatuan tersebut kerana isu perbincangan antara Umno-PAS telah lama tetapi tidak pernah menjadi kenyataan?

J: Masalah penyatuan ini kita hendaklah faham. Di sana ada perkara yang manusia wajib bersatu, ada perkara yang harus bersatu dan ada perkara yang haram bersatu dan tidak boleh bersatu sampai bila-bila. Perkara yang haram bersatu antara benar dan salah, adil dan zalim, antara haram dan halal, antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah.

Perkara yang prinsipal, perkara yang konsep, yang diputuskan oleh al-Quran, yang ada nas. Di mana, dalam hal ini tidak boleh disatukan sama sekali antara perbezaan yang berlaku dengan manusia. Ini tidak boleh kita satu, perkara yang ‘tabie’, perkara yang naluri. Dan di sana, ada perkara yang boleh disatukan. Perkara yang menjadi kepentingan bersama, yang menjadi tujuan bersama, keadilan untuk semua. Hak kebaikan untuk semua, menolak keburukan untuk semua. Walau pun persepsinya berbeza itu boleh dibincangkan. Perkara yang boleh disatukan ada, perkara yang boleh diraikan antara satu sama lain, tolak ansur itu ada dan ini perlu dilihat.

Kita tidak boleh melihat secara menyeluruh sebagai satu prinsip yang beku, yang jumud, yang tidak boleh rungkai. Oleh sebab itu, PAS bersdia untuk mengadakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkai, yang boleh diselesaikan secara ‘ijtihad’, secara kebijaksanaan yang berpandukan kepada prinsip-prinsip ‘fleksibel’ yang ada dalam al-Quran, yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW.

S: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya?

J: Kita (PAS) tidak pernah menentukan si anu bin si anu kafir. Kita (PAS) menyataka batas-batas iman dan kufur. Saya sendiri mengarang sebuah buku tentang Aqidah Muslim. Dan Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kitab Mustika Hadis. Jilid yang pertama yang menyatakan batas-batas Iman dan Kufur.

Di sana, ada dinyatakan ada perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang, yang membatalkan Islam seseorang dan mungkin mereka yang melakukan secara jahil adalah berdosa. Dan kita (PAS) tidak boleh menentukan siapa-siapa jadi kafir melainkan melalui Badan Kehakiman secara Islam yang sah. Dalam Islam ada hukum dan undang-undang orang yang murtad. Dengan sebab itulah, mesti melalui Badan Kehakiman Islam yang kita (umat Islam) kena faham. Apa yang kita (PAS) sampaikan adalah secara ilmu.

Kita (PAS) tidak menafikan ada di kalangan masyarakat kita yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, yang menghina hukum hudud, yang menghina hukum qisas. Dan ada di kalangan pemimpin kerajaan yang tidak perlu saya sebut namanya yang mengatakan sekiranya dilaksanakan hukum hudud akan jadi huru-hara.

Jika laksanakan hukum Islam ramai orang Islam yang kudung (potong tangan). Ini hukum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Mungkin mereka mengatakan demikian kerana jahil dan jika kerana jahil dia berdosa kerana tidak belajar. Tetapi, jika dia kata dengan pengetahuan dia, dengan tahu dia sebagai seorang Islam dan tiba-tiba dia menafikan hukum Allah. Ini boleh merosakkan aqidah (Islam) dia. Dan menjadi tanggungjawab kitalah (PAS) menyampaikan. Alhamdulillah, kita (PAS) telah berjaya menyampaikan mesej kita (Islam) sehingga hari ini Umno tidak boleh mendedahkan kesilapan kita dalam masalah ini.

Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu.

Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting.

Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat.Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma.

Apa yang berlaku ialah mereka (Umno-BN) telah melanggar semangat dan konsep federalisma yang diamalkan, tidak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) termasuk pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Bila pakatan Rakyat telah menubuhkan kerajaan, mereka (Umno-BN) mesti menghormati keputusan ini tetapi seolah-olah tidak berlaku penghormatan terhadap keputusan ini. Ini suatu hal yang lain dari prinsip Islam. Dengan sebab itu, perbincangan Islam secara ‘usuli’ secara asas perlu antara PAS dengan Umno yang merupakan ada di kalangan Islam disemua pihak.

Jadi perbincangan secara ilmu sangat penting. Dan PAS telah meneroka, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjemput kami (PAS) menghadiri perjumpaan dengan IKIM dan saya sendiri hadir dalam majlis itu bersama dengan wakil PAS dalam persidangan itu dan kita (PAS) telah mengemukakan pandangan- pandangan kita (PAS). Ini suatu perkembangan yang sangat positif dan kita (PAS) bersedia untuk hadir jika dibuka ruang untuk kita (PAS) menghadirinya.

Thursday, February 18, 2010

Pakatan pertahan Guan Eng untuk keadilan rakyat

Ali Hashim
KEPALA BATAS, 18 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) akan menyokong dan mempertahankan apa juga tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sekiranya untuk kebenaran dan keadilan kepada rakyat.

Menurut, sekiranya Lim tidak dapat memberikan keadilan kepada semua golongan masyarakat yang dipimpinnya di Pulau Pinang termasuk orang Melayu, maka beliau sepatutnya ditentang.

"Kita bukan menyokong mereka yang memperjuangkan perkauman seperti Barisan Nasional, sebaliknya dalam PR, kita akan menyokong siapa sahaja yang memperjuangkan hak dan keadilan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan.

"Namun begitu, dalam konteks Pulau Pinang, orang Melayu adalah terbukti yang termiskin, maka perjuangan untuk memastikan nasib Melayu terbela harus dilakukan oleh kerajaan yang memerintah iaitu PR di negeri ini,” ujarnya.

Anwar berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Dewan Millenium, di sini kelmarin yang turut dihadiri Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I dan II, Dr Mansor Othman dan Prof Dr P Ramasamy, barisan Exco serta kepimpinan PKR, PAS dan DAP negeri.

Justeru itu, katanya dakwaan yang menyatakan masyarakat Melayu dipinggirkan oleh Kerajaan PR yang memerintah negeri ini adalah tidak benar dan berasas sama sekali.

Anwar juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak prihatin terhadap masalah kemiskinan.

"Masalah kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang ini bukannya satu masalah baru. Ia adalah masalah lama yang wujud sejak pemerintahan Umno dan Barisan Nasional lagi,” ujarnya.

Namun begitu, ujarnya dalam tempoh hampir dua tahun mentadbir negeri, usaha yang dibuat oleh Kerajaan PR pimpinan Lim Guan Eng telah dan masih berusaha untuk memperbaiki keadaan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, serangan demi serangan sedang diatur oleh Umno dan Barisan Nasional terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Menurutnya, bermula di Perak, mereka menuju ke Kelantan tetapi tidak berjaya, kemudian dihalakan pula ke Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Ini semua, katanya adalah strategi mereka untuk meraih kembali sokongan daripada rakyat yang ternyata sudah terhakis terhadap mereka.

Laksana hukum sebat cara Islam

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh berkata, pelaksanaan hukuman sebat belum memenuhi kehendak Islam sepenuhnya kerana dilakukan secara tertutup, buka secara terbuka seperti yang dianjurkan dalam Islam.

"Hukuman sebat mesti dilakukan secara terbuka, bukan tertutup dalam penjara. Kita kena ingat, tujuan dilakukan secara terbuka adalah untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan yang sama," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak berwajib agar melaksanakan hukuman sebat seperti yang dituntut dalam Islam, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Hishammuddin dilaporkan sebagai berkata, tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Hishammuddin juga berkata, seorang daripada tiga pesalah wanita berkenaan telah dibebaskan pada Ahad lepas, pesalah kedua akan dibebaskan dalam tempoh beberapa hari lagi dan pesalah ketiga dibebaskan pada Jun nanti.

Menurutnya, wakil dari kementeriannya turut hadir semasa pelaksanaan hukuman dibuat bersama 13 orang lagi antaranya Pengarah Jabatan Agama Wilayah, Pegawai Jabatan Agama Wilayah dan wakil dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara serta wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya nak ingatkan menteri yang berkenaan, jangan ingat bila sudah laksanakan hukuman sebat, sudah cukup segala-galanya. Kerajaan kena kaji semula hukuman sebat yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. belajar daripada awal," kata Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Beliau juga berkata, tindakan Hishamuddin mendedahkan mengenai hukuman yang dijalankan terhadap tiga wanita itu hanya sekadar untuk menutup mulut rakyat daripada terus mempersoalkan isu Kartika.

"Saya nampak cara menteri memberitahu rakyat mengenai hukuman yang dilaksanakan itu seperti hanya meraikan pandangan orang sahaja dan ingin menutup mulut rakyat daripada terus bercakap isu sebat ini.

"Saya minta menteri laksanakan hukuman sebat ini kerana Allah, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga," katanya.

Beliau juga mempersoal sikap kerajaan melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman sebat ke atas bekas model sambilan yang didapati bersalah kerana minum arak, Kartika Sari Dewi Shukarno, 33.

Nuridah hairan dengan sikap kerajaan yang dilihat seolah-olah sengaja membiarkan Kartika ternanti-nanti untuk menerima hukuman sebat itu walaupun beliau sudah menyatakan kesediaan untuk menerima hukuman itu sejak dari awal lagi.

"Tiga orang yang dihukum itu, biarlah dihukum. Tapi yang saya persoalkan kenapa kes Kartika belum selesai lagi? Apa masalah kerajaan sebenarnya sehinggakan Kartika perlu menunggu begitu lama untuk menerima hukuman itu?" soal Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Sementara itu, Kartika sendiri, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam,berasa pelik pelik mendapat tahu tiga wanita telah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu kerana melakukan kesalahan syariah tersebut.

Menurut ibu tunggal kepada dua anak ini, apa yang berlaku seolah-olah 'mempermain-mainkan' perasaannya selama ini.

Kartika sebelum ini telah membuat permohonan kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang (Jaip) untuk campur tangan bagi mempercepatkan hukuman terhadapnya memandangkan ianya masih tertangguh sehingga kini.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya.

Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman bagaimanapun dilaporkan sebagai berkata, pihaknya masih menunggu reaksi daripada Tengku Abdullah selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebelum boleh mengambil sebarang tindakan susulan.

Rayuan Anwar ditolak lagi

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 17 Feb. - Pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kekal setelah Mahkamah Rayuan memutuskan pertuduhan liwat yang dihadapinya bukan satu penindasan mahupun penyalahgunaan proses mahkamah.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Abu Samah Nordin memutuskan demikian secara sebulat suara setelah menolak rayuan Ketua Pembangkang itu agar pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Hakim Datuk Azhar Ma'ah turut menolak permohonan lisan Anwar agar keputusan hari ini digantung sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 1 Disember tahun lalu yang menolak permohonannya agar tuduhan liwat itu dibatalkan.

Anwar mengemukakan permohonan itu dengan alasan tuduhan berkenaan berniat jahat, menindas dan menyalahgunakan proses mahkamah selain satu konspirasi politik serta muslihat jahat sama seperti pertuduhan yang dihadapinya pada 1998.

Anwar didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Hakim Abu Samah ketika membacakan penghakimannya berkata, Anwar gagal membuktikan tuduhan itu berbentuk penindasan, berniat jahat (mala fide) atau penyalahgunaan proses mahkamah yang membolehkan panel itu menggunakan kuasanya membenarkan rayuan tersebut.

Sebaliknya, beliau berpuas hati dengan hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden bahawa pertuduhan terhadap perayu (Anwar) tiada cacat cela meskipun tiada laporan klinikal yang kukuh menunjukkan berlaku kemasukan zakar.

Hakim berkenaan turut berpuas hati bahawa laporan perubatan yang disandarkan oleh pendakwaan belum lengkap kerana ia perlu disokong oleh keterangan forensik doktor pakar dan ahli kimia yang menyediakannya.

Hakim Abu Samah menyatakan, pihak pendakwaan turut mengemukakan afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria bahawa laporan itu hanya peringkat pertama penyediaan dan masih perlu disokong oleh keterangan forensik.

Terdahulu, peguam Karpal Singh berhujah agar tuduhan itu digugurkan kerana ia tidak berasas memandangkan laporan perubatan oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari menyatakan tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan berlaku kemasukan zakar dalam dubur pengadu.

Karpal berkata, ketiadaan elemen yang amat penting itu mencacatkan tuduhan liwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan sedangkan ia menjadi asas kepada intipati pertuduhan.

Anwar memohon pertuduhan tersebut dibatalkan kerana mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak terdapat kemasukan zakar ke dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Hakim Mohamad Zabidin dalam keputusannya menyatakan, walaupun laporan itu menyatakan 'tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan zakar dalam dubur pengadu', ia tidak boleh dijadikan asas bagi mahkamah menggunakan kuasanya membatalkan pertuduhan tanpa mendengar keterangan saksi-saksi terlebih dahulu.

Selepas Hakim Abu Samah mengumumkan keputusannya, Karpal mengemukakan permohonan lisan agar perintah hari ini digantung sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Peguam bela berhujah, tindakan meneruskan perbicaraan dengan memanggil saksi-saksi memberi keterangan hanya akan membazirkan wang rakyat.

Bagaimanapun, Mohd. Yusof memohon permohonan itu ditolak atas alasan ia tidak sempurna kerana tidak disertai dengan pemfailan notis usul dan afidavit sokongan.

Hakim Abu Samah yang menangguhkan prosiding kira-kira 15 minit kemudian menolak permohonan tersebut atas alasan ia tidak sempurna dan dikemukakan secara lisan.

Sementara itu, Karpal ketika ditemui pemberita di luar mahkamah menyatakan, pihaknya akan memfailkan notis usul bagi memohon penggantungan perintah serta notis rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan, esok.

Memperkukuh Pakatan Rakyat

Abdul Hadi Awang

Walaupun sistem Demokrasi Berparlimen mengizinkan rakyat membuat perubahan, namun perubahan tidak berlaku, seolah-olah negara di kongkong oleh sistem satu parti, iaitu konsep yang sangat bercanggah dengan amalan demokrasi yang dilaksana dalam masyarakat yang berpendidikan diseluruh dunia. Keadaan ini tidak harus di biarkan berterusan, kerana menimbulkan berbagai-bagai masalah yang lebih menyusahkan.

Masalah-masalah itu termasuklah perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya, semuanya tidak terlaksana dengan cara yang tepat.

Akibatnya, perubahan menyeluruh tidak dapat dilaksanakan, tanpa pakatan semua pihak, yang menyatukan tujuan melakukan perubahan, sehingga membebaskan diri majoriti rakyat lemah. Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah . Al Quran memaparkan kisah iktibar daripada kerajaan Fir’aun yang memerintah Mesir :

51. dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah arahan ku? tidakkah kamu melihatnya?

52. "Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

53. "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin berpangkat besar), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"

54. (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (jahat).

Tamaddun Mesir yang terdiri daripada Piramid yang dijaga oleh UNESCO itu adalah bangunan bagi perkuburan Raja Mesir, satu pyramid untuk seorang raja, adalah merupakan suatu projek mega di zaman itu, dibangunkan dengan hasil memaksa rakyat dan merampas hasil negara untuk faedah golongan pemerintah sahaja. Projek seperti ini ada dikeseluruhan negara yang dianggap bertamadun awal, rakyat diperhamba dan perbodohkan. Amalan ini tetap berulang di zaman masing-masing termasuk zaman kita sekarang.

Sunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepencangan dalam amalan Demokrasi.

DEMOKRASI

Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang berasaskan Islam terus memilih pendekatan secara saluran demokrasi pilihanraya, walau pun banyaknya berlaku kepincangan dalam negara kita , kerana perubahan kepada demokrasi moden banyak menimba dari Tamadun Islam hasil hubungan barat dengan tamadun Islam dan hubungan Islam dengan Tamadun umat lain dari timur dan barat, kerana pesanan Nabi Muhammad S.A.W. : “Kebijaksanaan laksana barang berharga yang tercicir mesti dipungut walau dari mana datangnya”. Di samping hukum yang telah sedia ada dalam Islam, maka Islam menerima sistem dan hukum daripada masyarakat berbagai bangsa, agama dan budaya.

PAS yang berlandaskan Islam , yang tidak bersifat sekularisma seperti yang didokong oleh parti yang memerintah sekarang , terbuka kepada pakatan dengan semua pihak yang berhasrat baik dan berniat murni untuk menyelamat negara dan rakyat daripada gejala negatif seperti kezaliman, penyelewengan dan kelemahan yang menular dalam pentadbiran negara kita sekarang, melalui konsep demokrasi yang sebenarnya.

Demokrasi bukan hanya hari mengundi , ataupun sekadar memberi hak mengundi kepada mereka yang di senaraikan dalam daftar pemilih, tetapi hendaklah juga diambil kira cara pendaftaran berlaku dengan adil, pemikiran mereka membuat pilihan dengan maklumat media yang demokratik, suasana hidup yang tidak memaksa mereka dalam menentukan hak membuat pilihan, serta pengurusan pilihanraya yang adil.

Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak. Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.

Umat Islam sedang menyambut tahun baru hijrah bagi memperingati penubuhan negara masyarakat majmuk di kota Madinah 1430 tahun lalu, yang lahir daripadanya perkataan masyarakat madani yang dicetuskan oleh Ibnu Khaldun dalam buku tulisannya yang telah diterjemah ke dalam berbagai bahasa . Umat Islam memperingati penubuhan negara masyakat majmuk, dalam keadaan jumlah penganut agama Islam adalah minoriti dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penganut berbagai agama yang terlibat dalam penubuhannya di peringkat awal dan negara itu berlansung sehingga lebih empat belas abad, sehingga tamat dengan kejatuhannya, apabila umat Islam sendiri tidak berpegang dengan ajaran mereka, maka PAS berharap rakan-rakan yang bukan Islam jangan mengambil contoh daripada Islam UMNO. Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam pakatan kerana inilah ajaran agama.


PERPADUAN

Alhamdulillah kita bersama-sama tinggal dalam negara Malaysia yang dibentuk di atasnya masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini. Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.

PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu, walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian. Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah :

(Dan di antara tanda –tanda ketuhanan Allah Yang Maha Esa ialah Dia mencipta langit dan bumi dan Dia mencipta kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit).

Maka mewajibkan adil kepada semua manusia :

وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل

(Dan apabila kamu memerintah di kalangan manusia hendaklah berlaku adil).

Haram berlaku zalim sesama manusia dalam segala aspek, hatta diperingkat antara bangsa, di masa aman dan perang. Apa lagi kalau kita semua dalam satu negara maka lebih haram lagi kalau berlaku zalim.

Perpaduan di kalangan manusia tidak berlaku dengan aspek ekonomi sahaja, atau aspek politik sahaja, dalam perbatasan negeri dan serantau sahaja, keturunan bangsa sahaja, tetapi perpaduan itu pernah berlaku dengan kosep adil untuk semua dengan maksud menyeluruh, tanpa mengira hanya satu aspek sahaja, bahkan merangkumi aspek ruhani dan jasmani, individu, keluarga, masyarkat, negara dan antarabangsa dan negara. Kerana naluri manusia yang hidup bermasyarakat tidak menjadikan satu bangsa itu menghasilkan segala keperluan hidup, berlakunya kepelbagaian kebolehan dan kepunyaan, selepas itu hendaklah adanya pertukaran keperluan yang mewajibkan percampuran yang berkongsepkan adil dan menghapus segala bentuk kezaliman di antara satu sama lain, di atas semangat persaudaraan kemanusiaan, walaupun berbeza dalam perkara yang banyak.

Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.

Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza.

MENGISI KEMENANGAN DI NEGERI DAN KAWASAN

Hari ini kita berbincang bagi merangka masa depan menghadapi pilihanraya ke 13, dalam masa yang sama kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu. Peristiwa Perak perlu menjadi contoh, perlu dilihat bukan sahaja kezaliman dalam amalan demokrasi merampas kuasa di Perak, tetapi juga perlu dilihat ruang kelemahan kita sendiri yang memberi peluang kepada lawan mengambil kesempatan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-yang telah kita kuasai adalah hujah terdekat bagi menghasilkan sokongan rakyat untuk Pilihanraya Ke13. Sekurang-kurangnya kita dapat mebebaskan diri daripada penyakit yang sedang menular dalam parti dan kerajaan BN disemua peringkat.

JENTERA PARTI

Perubahan kepada segala aspek sangat bergantung dengan peranan politik, di sinilah besarnya peranan kita bagi menyelamatkan negara kita. Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, sehingga menjadi ukuran untuk meletakkan calon, dan bukan sekadar meletakkan calon secara berangan-angan tanpa berpijak di atas bumi kenyataan melalui kekuatan parti yang sebenar, kemudian berkrisis dalam masalah menentukan calon. Hendaklah berusaha mencari seberapa banyak ahli yang ada untuk menjadi petugas parti dan cawangan yang ditubuhkan untuk menjadi jentera parti. Jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita. Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan . Saya percaya bahawa perbincangan kita hari ini lebih tertumpu kepada mengisi kemenangan.

PERKUKUH PAKATAN RAKYAT

Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai. Pendapat yang lemah juga tetap dihormati, kadang-kadang yang lemah hari ini menjadi kenyataan yang kuat di masa akan datang, oleh kerana itu dalam budaya ilmu Islam kami bukan sahaja mencatit pendapat yang menjadi keputusan muktamad, pendapat yang lemah juga dijadikan ingatan, dan tidak ada yang diperkecilkan. Kita juga menjadikan majlis ini sebagai medan persaudaraan yang menemukan kita semua di atas semangat persaudaraan dalam satu bahtera negara tercinta, kalau selamat bahtera ini, selamatlah kita semua dan sampai ke destinasi yang dituju untuk pilihanraya ke 13.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan selamat berkonvensyen.
--------------------------------

UCAPAN PERDANA SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERTAMA OLEH DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) pada 19 Disember 2009 di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor

Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Zambry menyibuk dan sudah kering modal

http://idhamlim.blogspot.com
Menteri Besar Mahkamah, Dr. Zambry Abd. Kadir nampaknya sudah kering modal untuk jaga partinya sendiri dan kerajaan kudeta Perak dengan menyibuk tidak tentu pasal mengenai parti orang lain. Kelmarin dia mengeluarkan komen dengan berkata ia percaya Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bercakap benar apabila mendakwa wujudnya 'firaun kecil' yang mempunyai agenda berbahaya membawa Malaysia keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Zambry mengandaikan Zulkifli sebagai orang dalam dan semestinya mempunyai asas kukuh sebelum membuat dakwaan seumpama itu. Namun tahukah dia Zulkifli sekarang adalah "spesisi yang hampir pupus" yang sedang menunggu sesuatu keputusan yang sewajarnya dari Jawatankuasa Displin PKR tidak berapa lama lagi.

Atau kenyataan ambil hati sebagai pinangan kepada Zul untuk jadi bebas atau jadi BN terus. Ambillah Zambry, kerana Zul bagi saya sudah tidak ada tempat lagi dalam PR dimasa akan datang.

Sebenarnya saya tidak mahu mengulas apa yang diperkatakan oleh Zulkifli, namun saya mula hairan kenapa Zambry beria-ia sangat ingin memberi komen mengenai pergolakan rumahtangga orang lain. Sedangkan dalam UMNO dan BN lagi banyak "firaun" malah "besar-besar semuanya".

Tahukah Zambry bahawa rumahnya sendiri adalah rumah yang dicuri dan dia naik curi ikut pintu belakang. Banyak masalah yang tidak terjawab di Perak dan suasana politik di Perak sebenarnya hambar setelah mahkamah mengesahkan rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN pada 9 Feb yang lepas.

Pergolakan dalaman BN yang menyaksikan dua kerusi exco Kerajaan Kudeta yang belum terisi sebenarnya masalah yang lebih besar dari Zul Kulim.

Atau masalah katak yang terus berkokok minta hujan "duit" , kalau tidak aku lompat lagi !, itulah yang lebih penting dan kerana katak inilah BN boleh ada kerajaan kudeta di Perak.

Dari jaga Zul Kulim harap Zambry jaga dulu orang Perak dan katak-katak emas itu. Macam yang "lu" buat beberapa hari lepas iaitu mengadakan sambutan Hari Raya Cina sebagai tanda menggelabah dan mempolitikkan perayaan demi politik sempitnya yang makin sempit.

Drs Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Anwar kemuka rayuan dan permohonan tangguh esok


Nazri Abdullah
PUTRAJAYA, 17 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan rayuan esok ekoran keputusan Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Bercakap kepada pemberita, peguam beliau, Karpal Singh memaklumkan rayuan dan satu permohonan tangguh akan dibuat pagi esok.

"Rayuan kami ditolak, kami akan buat rayuan dan satu permohonan 'stay' esok pagi," katanya.

Pada masa yang sama, Anwar yang turut hadir besama isteri dan anak-anaknya memaklumkan tidak mudah untuk menjangkakan keputusan mahkamah ekoran beliau turut mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan isteri dalam kes tersebut.

"Alasan peguam kuat, tapi kita nak jangka keputusan tegas hakim tak mudah apabila kita kaitkan penglibatan Datuk Najib dan Rosmah daripada awal.

"Bagaimanapun kita ikut proses undang-undang, peguam akan siapkan dan saya akan kemukakan rayuan," katanya

Mahkamah Rayuan melalui panel tiga hakim iaitu Hakim Datuk Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan Anwar siang tadi.

Menurut hakim, adalah tiada kes untuk membenarkan rayuan Anwar tersebut dan perbicaraan kes liwat terhadap Anwar hendaklah diteruskan.

Mahkamah juga menolak permohonan Anwar agar perbicaraan kes itu yang sedang berjalan, ditangguhkan sehingga rayuannya terhadap keputusan hari ini didengar di mahkamah Persekutuan.

Hakim Abu Samah berkata bahawa mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar, 63, sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliawat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes itu akan bersambung esok dan akan mendengar keputusan hakim sama ada akan menarik diri ekoran dakwaan pihak pembelaan kononnya beliau berat sebelah.

Fahami dasar perjuangan - Anwar

Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 18 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada semua ahli parti agar menjaga mutu perjuangan, memelihara akhlak, prinsip serta memahami sedalam-dalamnya dasar perjuangan jika mahu memimpin atau dipilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 kelak.

Katanya, pemahaman dasar perjuangan bukan sahaja kepada mereka yang memimpin tetapi juga kepada ahli bawahan atau jentera supaya tidak timbul keresahan di kalangan rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan Pakatan Rakyat.

"Kita tahu pemilihan nama mereka dulunya dibuat berdasarkan kehendak semasa, namun pada pilihan raya umum akan datang kita akan lebih teliti agar tidak ada yang lari di pertengahan jalan," tambahnya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 hadirin di Dewan Millenium, Kepala Batas, kelmarin.

Ingatan itu, sambungnya, amat penting kerana beliau tidak mahu ada kepimpinan tidak amanah terhadap harapan rakyat, tambahan lagi calon yang memenangi atas tiket parti tidak jujur dan lari tanpa mengosongkan kerusi.

Kali ini, katanya PKR akan teliti semua latar belakang terutamanya prestasi dan iltizam mereka terhadap perjuangan barulah semuanya akan disenaraikan sebagai calon.

"Saya akui itu kelemahan kita kerana waktu itu PKR ketandusan orang yang berwibawa untuk di ketengahkan sebagai calon tetapi hari ini yakinlah kita mempunyai ramai calon yang mempunyai tokoh dan sanggup mendokong parti," ujarnya dalam program anjuran Angkatan Muda PKR Pulau Pinang.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husain.

Selepas 48 jam sah MB, 15 hektar kebun musnah

Bashir Ishak
IPOH, 17 Feb: Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat membantah keras tindakan kerajaan Perak melalui Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama yang merobohkan kawasan ladang yang telah diusahakan selama 12 tahun di Air Kuning, Perak.

Kawasan tersebut yang terletak berhampiran Taiping berada dalam Dewan Undangan Negeri Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang.

Insiden ini berlaku kira-kira 48 jam selepas Dr Zamry Abd Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah baru-baru ini.

Kawasan seluas kia-kira 15 hektar itu telah dibangunkan bersama oleh sekumpulan 10 orang pengusaha dengan tanaman sayur-sayuran, ternakan lembu dan kambing, ternakan ikan dalam kolam serta pokon buah-buahan.

"Kami membangunkan tanah tersebut yan tidak didiami bagi memenuhi hasrat kerajaan yang mahu memajukan sektor pertanian dan penternakan," kata Mohd Salleh Ariffin, jurucakap kumpulan peneroka tersebut.

Pasukan perobohan tersebut dari Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama, dibantu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), polis dari Taiping, JKR Taiping dan jentera dari syarikat Gamuda mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan selama 12 tahun.

"Mereka datang seolah-olah hendak menangkap penjenayah besar. Kami telah membuat permohonan untuk mendapat hak milik tanah termasuk menghantar surat ke Jabatan Perdana Menteri tetapi tidak mendapat respon sehingga kini.

"Mereka memusnahkan semuanya yang kami usahakan termasuk menebang pokok buah-buahan. Adakah ini slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?," kata Mohd Salleh yang turut ditangkap dan digari kerana didakwa cuba menghalang kerja-kerja perobohan tersebut.

Kerugian dianggarkan sekitar RM500,000.00.

Mengulas kejadian ini, Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir melahirkan rasa dukacita, kesal dan menyampah dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Dr Zamry ke atas rakyatnya sendiri di Perak.

Katanya, tindakan meroboh dengan jentolak dengan bantuan pasukan polis dan FRU ini seolah-olah menyerupai tindakan yang diambil oleh rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestine.

"Sepatutnya pihak kerajaan perlu menggunakan kaedah perundingan untuk mendengar permasalahan rakyat dahulu. Saya juga nak ulangi apakah ini dia slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?

"Kita membantah keras tindakan ini dan menuntut kerajaan Dr Zamry memohon maaf dengan pihak yang terbabit dan membayar ganti rugi kepada mereka.

"Kita juga menuntut kerajaan Perak tidak memandang remeh perkara ini dan tidak menjadikan ini sebagai tindakan balas dendam atau sebagainya kerana baru-baru ini mereka juga telah mengeluarkan hak milik kepada pekebun limau bali di Tambun sedangkan di sebaliknya pula ada segolongan lagi rakyat yang telah dizalimi," ujarnya.

Qazaf: Mahkamah dengar hujah bantahan awal 10 Mac

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menetapkan 10 Mac depan bagi mendengar hujah tiga responden dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bantahan awal terhadap permohonan Ketua Pembangkang itu untuk meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selain bagi tujuan itu, Hakim Syarie, Mohd Shukor Sabudin turut menetapkan tarikh itu bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak memfailkan afidavit masing-masing.

Terdahulu, tiga responden yang dinamakan Anwar terdiri daripada Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain sebagai responden pertama diikuti Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali sebagai responden kedua dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden ketiga.

Pada 9 Februari lalu, semua responden melalui peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar membuat bantahan awal terhadap permohonan Anwar untuk mendakwa Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantunya atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi kini.

Pada prosiding semalam, peguam Anwar, Kamar Aniah Kamaruzaman memberitahu mahkamah, pihaknya memerlukan masa untuk menjawab afidavit jawapan terhadap bantahan awal tiga responden berkenaan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh memfailkan permohonan pada 7 Januari lalu, supaya Mahkamah Syariah melaksanakan kuasa mengikut Seksyen 58 (2) Akta Pentadbiran Undang- Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1963 untuk memerintahkan responden pertama (Shamsuddin) menggunakan kuasa sedia ada padanya bagi mendakwa Saiful kerana kesalahan qazaf (tuduhan zina tanpa mengemukakan empat saksi).

Pada masa sama beliau juga memohon kuasa mahkamah bagi memastikan responden kedua (Che Mat) dan ketiga (Jamil Khir) agar tidak menghalang atau mempengaruhi ketua pendakwa syarie itu membuat pertuduhan terhadap Saiful.

Pada prosiding semalam juga, mahkamah turut mengarahkan ketiga-tiga responden memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar itu

Kalimullah didesak jawab tuduhan blog

KUALA LUMPUR - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Ahli Perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan tampil menjawab tuduhan yang dibuat dalam sebuah blog terhadapnya.

Yang Dipertua JMM, Azwandin Hamzah berkata, pihaknya melihat terdapat satu artikel blog yang ditulis dalam Gerakan Anti Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertajuk ‘Kalimullah Pembohong Harus Disiasat’.

Menurutn:ya, dalam artikel berkenaan penulis mendakwa Kalimullah menjadikan portal berita :Malaysian Insider: sebagai platform dan alat serangan bertubi-tubi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Islam serta bangsa Melayu.

Beliau berkata, penulis blog itu juga mendakwa Kalimullah pernah mendapat kontrak kerajaan bernilai RM900 juta melalui syarikat proksinya.

“JMM memandang serius dakwaan ini kerana melibatkan keselamatan dan perpaduan dalam negara serta memohon dakwaan ini disiasat terperinci.

“Beliau (Kalimullah) dikatakan m:enjadi penaja kepada :Malaysian Insider: dan sehingga sekarang kita lihat beliau mendiamkan diri serta tidak memberikan sebarang respons kepada tuduhan-tuduhan ini.

“Beliau wajib menjawab tuduhan yang dikemukakan oleh penulis blog itu, sekiranya semua dakwaan ini tidak benar, beliau harus menyaman: penulis blog terbabit,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat di Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.

Azwandin berkata, JMM menghantar surat kepada Kalimullah bagi :me:ndapatkan penjelasan mengenai :dakwaan-dakwaan terbabit tetapi tiada maklum balas diterima.

“Saya tidak menuduh, tetapi sepatutnya beliau perlu bertindak jika perkara ini tidak betul, kalau perlu jawab, beliau jawab, kenapa tidak jawab,” katanya.

Minta maaf daripada pengundi: Nik Aziz

KOTA BHARU - Pemimpin politik yang bertindak ‘lompat parti’ perlu meminta maaf dengan setiap pengundi di kawasan terbabit kerana mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat pada pilihan raya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya pemimpin yang dipilih itu gagal menyempurnakan amanah yang diberikan kepadanya bermakna dia sudah melakukan satu dosa.

“Pemimpin lompat parti itu boleh dianggap mengkhianati amanah rakyat. Kalau mereka tidak amanah kepada seorang, maka dia tanggung dosa seorang saja, tetapi jika mereka tidak amanah kepada rakyat, bermakna mereka berdosa kepada semua rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya.

“Rakyat harap pada kita buat dasar parti, tiba-tiba kita lompat parti. Erti kita tolak kehendak pengundi. Kalau (jumlah) pengundi 10,000, di akhirat bertanggungjawab kepada 10,000 (undi itu),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa tindakan lompat parti adalah berdosa kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat.

Dr Asri dilaporkan berkata, pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkredibilti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin yang ‘melompat’ dari parti lain untuk menyertai Pas dianggap sebagai sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut Islam.

“Orang Melayu yang kembali kepada Pas, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka berasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama,” katanya.

Beliau turut menyifatkan masalah lompat parti yang berlaku dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai masalah dalaman parti itu dan berlaku di luar dugaan.

“Kita pilih apa sekali pun, pilih orang, jadi suami, isteri, kawan, mana kita nak teka dalam perutnya waktu kita pilih. Kita dia sebab kita rasa dia ni betul. Tetapi dalam perutnya kita tidak tahu macam mana. Wallahualam,” katanya.

Wakil rakyat lompat parti tanggung dosa: Mohd Asri


SHAH ALAM - Hukuman terhadap tindakan lompat parti oleh sebilangan ahli politik adalah berdosa dalam agama Islam kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, individu terbabit harus bertanggungjawab terhadap pemilihan rakyat berdasarkan parti politik yang diwakilinya.

“Individu terbabit perlu meletak jawatan sekiranya ingin lompat parti dan pilihan raya kecil baru perlu diadakan untuk melantik pemimpim lebih baik.

“Rakyat pilih mereka kerana percaya parti politik yang diwakilinya dapat memberi perubahan terhadap kawasan mereka,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam.

Mohd Asri berkata, pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkredibilti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

“Walau bagaimanapun, sekiranya pemimpin tersebut dipilih bersandarkan ketokohannya,ia tidak memberi kesan kerana rakyat mempercayai kepimpinan individu terbabit selain parti politik yang diwakilinya.:

“Perkara ini juga perlu dijelaskan agar kesamaran tidak timbul untuk mengelak salah faham dalam kalangan rakyat,” katanya.:

Lewat kebelakangan ini, terdapat khabar angin bahawa 10 ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan lompat parti bagi menyertai Barisan Nasional dan Parti Cinta Malaysia (PCM) .

Isu ini bermula apabila tiga ahli PKR Perak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas Februari tahun lalu.

Terbaru, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak jawatannya pada 12 Januari lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Permohonan batal kes liwat ditolak

PUTRAJAYA - Tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lengkap selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan itu semalam.

Mahkamah Rayuan mendapati pertuduhan itu adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan penyalahgunaan proses mahkamah.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin, yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma"ah.

3 wanita pesalah pertama disebat

HUKUMAN sebat ke atas kesalahan melakukan persetubuhan haram bakal menyaksikan lebih ramai wanita yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat bakal menjalani hukuman yang sama.


PUTRAJAYA - Buat pertama kali, tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lepas di Penjara Wanita Kajang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sambil merujuk kepada hukuman sebatan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang belum pun dilaksanakan, beliau berkata, kes itu sengaja digembar-gemburkan kerana jelas dari segi pelaksanaan hukuman sebat itu menunjukkan pesalah tidak mengalami kecederaan.

"Apa yang digembar-gemburkan dalam kes Kartika itu menimbulkan kebimbangan orang ramai, saya harap janganlah hanya fokus kepada satu kes yang belum dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Wednesday, February 17, 2010

Sanggup Mati Demi Lap Top

Muka parah diseret peragut


BEGINILAH keadaan muka Maizura (kanan) yang cedera parah selepas diseret oleh seorang lelaki sejauh 10 meter dalam kejadian ragut di Taman Setiawangsa kelmarin berbanding sebelumnya (kiri).

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Seorang isteri sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan sebuah laptop (komputer riba kecil) bernilai RM1,500 pemberian suami biarpun cedera parah di muka hingga terpaksa menjalani pembedahan hidung apabila diseret dua lelaki yang meragutnya kelmarin.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku berhampiran sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) miliknya di Taman Setiawangsa di sini apabila mangsa yang dikenali sebagai Maizura, 36, yang baru keluar dari kereta bersama seorang pembantunya didatangi dua lelaki bersenjatakan sebilah pisau.

Selepas itu, salah seorang lelaki tersebut bertindak mengacu senjata itu pada leher pembantunya berusia 23 tahun manakala seorang lagi meragut beg tangannya yang mengandungi komputer riba jenama Hewlett Packard (HP) yang dibawanya.

Enggan menyerah kalah, Maizura yang begitu sayangkan komputer riba tersebut kerana dihadiahkan suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 pada 14 Februari lalu, bertindak melawan suspek hingga berlaku pergelutan.

Akan menyusul Sanggup mati di jln Allah..i'Allah

Isu pemanasan direka - Trump





NEW YORK - Taikun terkenal, Donald Trump mahu Al Gore (gambar) dilucutkan sebagai penerima anugerah Nobel Keamanan kerana memperbesarkan isu pemanasan global tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika berucap di Kelab Golf Kebangsaan Trump di Westchester, di sini Ahad lalu, Trump memberi contoh ribut salji terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang berlaku baru-baru ini membuktikan Al Gore bersalah dalam memperkatakan isu itu.

"Al Gore mahu kita membersihkan kilang di AS sebagai usaha untuk melindungi kita daripada pemanasan global ketika China dan banyak negara lain pula kurang mengambil berat mengenai isu itu.

"Ini menjadikan kita kurang berdaya saing dalam dunia pembuatan manakala China, Jepun dan India mentertawakan kebodohan AS," katanya di hadapan 500 ahli kelab itu yang disambut dengan tepukan dan berdiri sebagai tanda sokongan.

Al Gore menjadi antara aktivis pemanasan global terkenal sejak beliau muncul menerusi dokumentari An Inconvenient Truth yang mencetuskan kejutan pada 2006.

Beliau yang merupakan bekas Naib Presiden AS itu kemudiannya dipilih menerima hadiah Nobel pada 2007. - Agensi

Seks bebas remaja luar bandar membimbangkan

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Masalah sosial seperti seks bebas kebiasaannya dihubungkaitkan dengan para remaja yang tinggal di bandar-bandar besar yang sentiasa terdedah kepada gejala itu.

Kajian sebuah pertubuhan baru-baru ini mendapati gejala seks bebas termasuk pendedahan kepada bahan pornografi di kalangan remaja Melayu di luar bandar juga semakin membimbangkan.

Kesimpulan itu diperoleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah selepas menjalankan kajian terhadap 127 pelajar perempuan di sebuah sekolah luar bandar di negeri tersebut.

Naib Pengerusi GPMS Kedah, Lukman Midin berkata, kajian itu mendapati lima peratus daripada remaja berusia 14 tahun di sekolah itu telah melakukan hubungan seks secara sukarela.

"Manakala, 30 peratus daripada responden pula mengakui sudah terdedah kepada bahan pornografi atau unsur seks melalui telefon bimbit dan cakera padat video (VCD)," katanya.

Katanya, kajian terhadap 56 pelajar lelaki tingkatan satu pula mendapati 43 peratus daripada mereka terdedah kepada filem lucah, manakala 61 peratus daripada 67 pelajar lelaki tingkatan dua pula didapati telah menonton dan terdedah kepada gejala seks bebas.

Melihatkan peratusan tersebut, beliau berkata, keputusan kajian pastinya akan lebih menggerunkan jika ia dilakukan terhadap remaja Melayu berusia 16 tahun dan ke atas terutama yang tinggal di kota besar.

"Keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menjadi antara punca berlakunya kes pembuangan bayi yang begitu berleluasa kebelakangan ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Lukman, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menjadi punca utama gejala seks bebas semakin membimbangkan di kalangan remaja Melayu.

Katanya, era multimedia dan teknologi maklumat dengan trend penggunaan telefon bimbit yang berleluasa serta penjualan video lucah di tempat terbuka dan boleh dibeli oleh sesiapa tanpa mengira usia nyata meruncingkan lagi masalah tersebut.

Fakta Pulau Pinang membela Melayu

Harakahdaily PULAU PINANG, 16 Feb: Umno melalui para pekakasnya telah menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kononnya negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu anti Melayu dan Islam.

Namun ramai tidak sedar bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan itu untuk orang Melayu Pulau Pinang adalah yang terbaik berbanding dengan apa yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Berikut adalah bukti-buktinya:







Maulidur Rasul: Rendahnya mentaliti Umno,OOO...

http://misabah.blogspot.com
Apabila Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan sempena Maulidul Rasul saw. tanpa usul periksa Timbalan Perdana Menteri terus buat kenyataan menyanggah kerajaan Pulau Pinang, Pak Lah Badawi yang sudah tidak ada kepentingan politik pun tumpang komen sekali. Yang sangat dikesalkan, Mufti Perak Harussani juga komen sama tanpa tahu hujung pangkal.

Kalau pemimpin UMNO buat kenyataan seumpama itu saya tidak sangat hairan, sebab mereka sentiasa memutarkan isu untuk kepentingan politik mereka, perkara yang tidak wujud pun direka supaya wujud. Tujuannya nak bagi orang Islam dan orang Melayu marah dan sensitif terhadap isu ini. Lim Guan Eng akan dilabel anti Melayu dan anti Islam. Inilah kerja UMNO, mereka porak perandakan Selangor, sebelum tu Perak sampai tumbang, Kedah juga cuba diusiknya, sekarang giliran Pulau Pinang pula. Apa punya UMNO, dengki, jahat, busuh hati, celaka.

Persoalannya buat ke tak buat perarakan, itu hak kerajaan negeri, tak timbul soal batal ke tak batal. Penganjur sambutan Maulidur Rasul ialah Kerajaan Negeri, terpulanglah pada kerajaan nak buat perarakan ataupun tidak sempena sambutan maulid nabi peringkat negeri. Yang penting sambutan diadakan, difahamkan kerajaan negeri menganjurkan selama tiga hari tiga malam. Perak sejak lepas-lepas sehari sahaja iaitu perhimpunan sebelah pagi sahaja, kalau ada malam pun forum atau ceramah.

Di Pulau Pinang, kerajaan PR yang dipimpin DAP boleh anjur sehingga tiga hari tiga malam. Semua dipenuhi dengan program-program islamik yang ada beberapa acara Ketua Menterinya hadir sama. Tahun lepas, Lim Guan Eng turut serta dalam perarakan dan berada di atas pentas. KM BN yang lepas-lepas ada ke turut serta ?

Lain lah kalau sebelum ini, kerajaan tak pernah buat perarakan, kemudian ada permohonan dari Ngo Islam atau UMNO nak berarak sempena sambutan maulid nabi, tetapi permohonan ditolak oleh Kerajaan Negeri, barulah UMNO nak melalak ke, demontrasi ke, atau jajalah merata kampung seluruh negara konon Lim Guang Eng anti Islam dan sebagainya, barulah ada munasabahnya.

Ini, kerajaan Negeri tak katapun nak batal, tiba-tiba Utusan melapor batal, Timbalan PM boleh melalak tak tentu pasal, apa punya mentaliti pemimpin UMNO macam ini. Pak Lah pun serupa je. Perarakan maulid nabi dulu-dulu memang menjadi acara tahunan sambutan maulid nabi, entah tahun bila saya pun tak ingat, perarakan tidak lagi diadakan, ada ke UMNO sensitif dengan pembatalan ini, PAS pun kisah dengan pembatalan perarakan ini.

PAS tak nampak pentingnya perarakan, buat pun tak kisah, tak buat pun tak kisah, pada PAS yang penting penghayatan sunnah junjungan besar Rasulullah saw. Perarakan maulid nabi dibuatnya, tapi aurat tak ditutupnya, hukum hudud ditolaknya, solat berjamaah ditinggalkannya, solatpun tidak kadang tu, dan macam-macam lagi yang mereka tak buat amal Islam pun. Bila perarakan kononnya batal, bukan main marah Muhyiddin, tapi apa usaha beliau untuk menghalang sambutan hari kekasih, orang Melayu ramai terlibat pulak tu.

Mufti Perak, satu-satunya mufti yang disegani kerana tegas terhadap isu-isu umat Islam pun sama rupanya, melatah buat kenyataan tanpa usul periksa. Di Perak, apabila perarakan maulid rasul ditiadakan sejak zaman Ramli Ngah Talib, ada ke UMNO dan mufti Perak buat kenyataan menyanggah kerajaan negeri. Ada ke umat Islam dan orang Melayu terasa tersinggung ketika itu ?

Sejak tulah, perarakan tidak pernah dibuat di Perak, PAS pun tak kisah, sebab itu, bila PR ambil alih, kita pun tak buat perarakan sama. Tetapi sambutannya cukup luar biasa, tak cukup tempat untuk ramai. Yang lepas-lepas, kerusi tak penuh pun. Ini kata pegawai-pegawai kerajaan yang setiap tahun terlibat dengan maulid nabi.

Lim Guan Eng yang dilabel anti Melayu dan Islam oleh UMNO memberi peruntukan yang agak besar untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, zaman BN ini lebih kurang 12 juta setahun, Guan Eng umum 24.3 juta untuk tahun 2010. Kontraktor Bumiputra yang dapat projek dan tender kerajaan adalah 70 % berbanding kontarktor bukan bumi.

Menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dan suri teladan dalam amalan keadilan di Pulau Pinang. Pemimpin UMNO siapa para sahabat dan ulama yang jadi suri teladan dalam amalan pentadbiran di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.


Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.

Tolong Kirim Salam pada Umno

Al Brangi
UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'.

Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul.

Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.

Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).

Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih.

Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter'korban' kasih.

Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan 'bayi terbuang'. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu 'bayi-terbuang'.

Bapak-bapak Profesor al-Kankungki pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai 'jargon' seperti 'stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc.....naik loya mendengarnya.

Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara 'furu' dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.

Adik PM Melayu ke empat terkaya di Malaysia

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Majalah Malaysian Business menamakan Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak (Gambar) sebagai orang Melayu yang ke empat terkaya di Malaysia melalui senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

Orang Melayu terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) yang memiliki harta sebanyak RM6.01 bilion, kedua dan ketiga adalah anak-anak Allahyarham Tan Sri Shamsuddin iaitu pemilik syarikat Sapura Holding.

Mereka adalah Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin.

Baru-baru ini, Malaysian Busines mendedahkan senarai 40 orang terkaya di Malaysia melalui kajiselidik yang dibuat oleh majalah perniagaan itu.

Orang terkaya di Malaysia, menurut majalah itu adalah Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang dinyatakan memiliki harta sejumlah RM42.76 bilion meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Berikut adalah 14 dari 40 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business.

1) Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) - RM42.76 bilion
2) Ananda Krishnan (Mexis) - RM27 bilion
3) Tan Sri Lee Shin Chen ( IOI) - RM11.92 bilion
4) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) - RM10.38 bilion
5) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) - RM7.09 bilion
6) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) - RM6.01 bilion
7) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting)
8) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau)
9) Tan Sri Vincent Tan (Berjaya)
10) Lee Swee Eng (KNM Group)
11) Datuk Shahril Shamsuddin (Sapura)
12) Shahriman Shamsuddin (Sapura)
13) Datuk Seri Nazir Razak (CIMB)
14) Ong Leong Huat (OSK

Pembangkang ‘ditawan firaun kecil’

Oleh Saiful Haizan Hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Pakatan pembangkang kini dikatakan telah ditawan oleh sekumpulan ‘firaun kecil’ yang mempunyai agenda berbahaya untuk membawa Malaysia keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang membuat dakwaan itu berkata, dalam menjayakan agenda tersebut, ‘firaun kecil’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya, Pas dan DAP turut bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu.

Beliau mendedahkan, usaha terancang tersebut dimulakan sejurus pilihan raya umum lalu dan keadaan semasa amat membimbangkan kerana ia hampir berjaya sepenuhnya.

Dakwanya, antara petunjuk kejayaan kumpulan terbabit ialah pengenalan agenda Middle Malaysia dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

“Agenda mereka ialah untuk memisahkan negara daripada kerangka Perlembagaan yang kita miliki sekarang.

“(Antara) kerangka Perlembagaan kita ialah menghormati agama Islam (sebagai agama rasmi) dan kedudukan istimewanya, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.

“Tetapi mereka cuba memisahkannya dengan slogan baru, pendekatan baru dan anda boleh melihat sendiri apa yang mereka sedang lakukan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Yakin, di sini hari ini.

Justeru, Zulkifli mendesak kepimpinan partinya supaya menjelaskan adakah dasar pakatan pembangkang yang diumumkan pada 19 Disember lalu yang mengandungi komitmen untuk menghormati perlembagaan dan mempertahankan Islam diambil serius atau sekadar retorik politik.

“Kalau daripada apa yang berlaku sekarang seperti isu kalimah Allah, isu di Pulau Pinang dan terbaru (membatalkan) perarakan Maulidur Rasul, saya nampak ini semua mainan politik sahaja yang mereka tidak bermaksud untuk laksanakan,” katanya.

Zulkifli mendakwa, maklumat daripada penyokong akar umbi PKR khususnya orang Islam mendapati mereka amat resah dengan agenda kumpulan yang digelarnya ‘firaun kecil’ itu.

Perkara itu, dakwanya, juga menyebabkan perpecahan di kalangan ahli Parlimen PKR yang berpunca daripada perasaan tidak puas hati.

“Jika dibiarkan akan lebih ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti, yang tinggal ialah mereka yang kita kata sebagai ‘najis-najis politik’,” katanya.

Mengenai tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan wakil rakyat pembangkang yang keluar parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara, Zulkifli menyarankan Menteri Besar Kelantan itu melihat sejarah perjalanan politiknya sendiri terlebih dahulu.

Katanya, sewaktu Pas menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 70-an, tiada seorang pun wakil rakyatnya termasuk Nik Abdul Aziz yang meletakkan jawatan berikutan penghijrahan tersebut.

”Jadi, saya ingat elok Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati tengok sejarah balik sebab Tok Guru tidak letak jawatan semasa Pas menyertai BN dulu,” katanya.

Mohon Sumbagan Utk Gunakan Pusat Dialisis

Bekas ketua Wanita Umno Sungai Petani rayu bantuan

SUNGAI PETANI- Bekas ketua Wanita Umno bahagian Sungai Petani, Khalijah L.Ali, 73, hari ini merayu bantuan orang ramai membiayai
kos rawatan anaknya, Zainurdin Awang Hashim, 39, yang menderita sakit buah pinggang.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Berapit, Tikam Batu di sini Khalijah berkata, wang simpanannya sebagai guru Kemas sejak sekian lama telah habis diguna untuk membiayai kos rawatan anaknya itu yang terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di sebuah pusat rawatan swasta yang mencecah RM3,000 sebulan.

Khalijah juga berkata, beliau kini tidak mempunyai sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pendapatan seorang anak perempuan yang tidak seberapa untuk menampung keperluan hidup seharian.

"Keadaan ini memaksa anak saya yang sakit itu berkerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan dengan upah RM30 sehari," katanya.

Beliau yang pernah mempimpin Wanita Umno bahagian Sungai Petani sejak awal tahun 1970 hingga tahun 1980 kini sukar untuk berjalan kerana sakit di bahagian tulang belakang.

Khalijah berkata, beliau tidak menagih simpati daripada masyarakat terhadap kesempitan hidup yang dialaminya, cuma berharap ada pihak yang dapat membantu anaknya mendapat rawatan dialisis percuma di pusat rawatan yang disediakan kerajaan.-Bernama

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

Tuesday, February 16, 2010

Hubungan bebas punca buang bayi

KOTA BHARU – Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan pada masa kini punca berlakunya kes pembuangan bayi di negara ini, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz berkata, Islam dari awal lagi mengehadkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang dipanggil aurat.

“Kes buang bayi yang berlaku pada masa kini berpunca dari kebebasan yang tidak terbatas. Islam awal-awal lagi meletakkan hubungan lelaki dan perempuan ada batasnya. Kita panggil aurat Islam.

“Ia mengharamkan perempuan buka aurat. Sebab itu bergaul bebas tidak dibenarkan. Kelantan menetapkan sebagaimana Nabi SAW kehendak. Seperti kediaman dengan tiga bilik. Ini semuanya bertujuan untuk sekat kebebasan seks,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kes pembuangan bayi yang berlaku di Kuala Krai, kelmarin.

Nik Abdul Aziz berkata, langkah kerajaan yang mengamalkan dasar sekular juga menjadi punca masalah sosial semakin meningkat.

“Oleh sebab negara kita sekular, tolak agama ambil kebangsaan, jadi masalah seperti ini akan banyak lagi pada masa depan. Kalau orang kita masih agung sekular, asing agama dari politik banyak masalah akan timbul,” katanya.

Kelmarin, mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui rentung separuh badan dan kaki terputus dalam tong sampah di Jalan Tengku Zainal Abidin berhampiran Agrobank cawangan Kuala Krai.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, mayat masih beruri dan tali pusat itu ditemui pekerja Majlis Daerah Kuala Krai (MDDK) ketika memungut sampah di tong berkenaan kira-kira jam 11 pagi, Sabtu lepas.

Menurutnya, tiga pekerja MDKK terbabit kemudian memaklumkan penemuan bayi itu kepada dua anggota polis yang membuat rondaan bermotosikal di kawasan itu.

Ab Rahim dilaporkan berkata, mulanya tiga pekerja terbabit mendapati tong sampah itu sudah terbakar dan apabila hendak diambil sampahnya mereka ternampak mayat bayi separuh terbakar.

Ab Rahim berkata, bayi malang itu dipercayai dibakar antara tengah malam hingga awal pagi Jumaat lalu, kerana maklumat awal polis mendapati tong sampah itu terbakar sejak pagi Khamis lalu.

Menurutnya, mayat bayi itu dihantar ke hospital untuk bedah siasat, termasuk bagi mengenal pasti sama ada bayi itu masih hidup atau sudah mati ketika dibakar.

Menurutnya, polis juga mengesyaki perbuatan kejam itu kemungkinan besar dilakukan remaja sekitar bandar itu, termasuk pelajar yang tinggal di asrama atau pekerja pasar raya pekan itu.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat, termasuk jika ada remaja yang sebelum ini mengandung dan baru bersalin supaya melaporkan kepada polis.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.